Tried & Tested: Pakaian Senam Ini Buat Anda Dan BFF Kekal Aktif!
Bagaimana pakaian senam boleh membantu anda dan teman kekal aktif dan sentiasa bergerak? Temui faedah koleksi UA Women Gears dan helah untuk anda lebih cergas!
Membina keyakinan untuk mencapai matlamat olahraga dan kecergasan membantu wanita mengekalkan kesihatan berat badan, mengawal hormon dengan lebih baik dan memastikan sistem imun. Benar, namun apa kaitannya dengan pakaian senam? Bersenam dengan kerap semestinya baik untuk kita semua apatah lagi kala menyarung helaian sukan yang berkualiti dan memberi fungsi yang lebih baik untuk senaman yang dilakukan.
GLAM sudah sweat and shine with style bersama UA Women Gears dan kami amat memandang tinggi misi Under Armour yang sentiasa komited untuk menjadikan pemakai atau atlet lebih berpotensi dalam sukan. Mereka juga sering menggalakkan penyertaan dalam sukan untuk meningkatkan kemahiran dan membina keyakinan untuk mencapai matlamat olahraga dan kecergasan yang sedia ada.
Dengan itu, GLAM menyahut seru Under Armour untuk keep moving and sentiasa aktif dengan mengikuti beberapa helah di bawah!
1. Untuk mula bergerak dan mengekalkan gaya hidup aktif, penting untuk mencari motivasi dan bermula dengan pemilihan gear yang betul.
Selaras dengan komitmen Under Armour untuk menyokong komuniti wanita dan atlet di seluruh dunia, UA Women gears direka untuk memenuhi kedua-dua fungsi dan gaya dalam masa yang sama.
2. Senaman hard-core dengan padanan yang stylish yang bergaya membantu meningkatkan kualiti hidup anda. Satu kajian menunjukkan bahawa latihan functional resistance seperti jumping jacks, burpees, mountain climbers, high knees dan planks boleh menambah baik kualiti hidup seseorang. Ini kerana ia dapat meningkatkan pernafasan anda dan kadar jantung, serta peredaran darah.
3. Sokong aset kala melakukan senaman intensif dengan bra sukan yang betul. Bra sukan tidak sepatutnya menjadi suatu yang rumit. Ia harus selesa dan beraksi sebagai penyokong 'kembarmu' semasa melakukan rutin senaman dengan intensiti tinggi.
Pergerakan yang cergas sebenarnya boleh menyebabkan kesakitan pada payudara jika ia tidak dilengkapi dengan bra sukan yang betul.