Transformasi Terbaru Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde Mencuri Perhatian - Glam Malaysia

Transformasi Terbaru Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde Mencuri Perhatian

Kendall Jenner mencuri perhatian peminat dengan penampilan barunya yang berambut blonde, menambah sentuhan segar pada gayanya yang ikonik.

Sementara semua mata tertumpu kepada New York Fashion Week, model terkenal Kendall Jenner mencuri perhatian selepas berkongsi satu hantaran Instagram di mana memperlihatkan Jenner menggayakan warna rambut baru. “Blonded,” tulis pengasas 818 Tequila di ruangan kapsyen.

Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde

Di dalam hantaran berkenaan, Jenner memuat naik beberapa foto memperkenalkan rambut baru yang dipercayai diambil di belakang tabir semasa sesi penggambaran. Meskipun tidak berkongsi lanjut tentang penggambaran yang dilakukan, Jenner menggayakan t-shirt hitam dipadankan dengan jaket kulit hitam, serta cermin mata dan headband.

Di bahagian bawah, Jenner memberikan kontras kepada pakaian serba hitam itu dengan seluar denim biru dan mengikat rambutnya dengan klip rambut corak leopard sekaligus menambah sentuhan berani pada penampilannya.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Jenner bereksperimentasi dengan rambutnya. Pada minggu lalu, fesyen ikon ini menjadi wajah untuk kempen Calvin Klein menggayakan koleksi pakaian wanita Musim Luruh 2024. Untuk kempen tersebut, Jenner tampil dengan gaya rambut pendek choppy dengan potongan bixie yang popular pada tahun 90-an.

See also
12 Busana Daring Yang Digayakan Selebriti Di Karpet Merah

Pemilihan warna peluntur yang lebih halus dengan sedikit warna coklat pada bahagian akar membuatkan rambutnya tampak semula jadi. Agaknya gaya rambut apa yang menjadi pilihan Jenner selepas ini?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kendall (@kendalljenner)

Artikel Berkaitan: Gaya Fesyen ‘Summer’ Kendall Jenner