Use your ← → (arrow) keys to browse
“Saya bertekad untuk menang tetapi terpaksa menerima kegagalan saya di Olimpik Tokyo dengan hati terbuka.
“Saya menjalani pembedahan lutut kedua pada September 2018 dan memberi fokus pada proses pemulihan sejak itu. Saya berdepan pelbagai halangan untuk kembali bertanding tetapi saya kumpulkan keberanian kerana mahu memberi yang terbaik di Sukan Olimpik.
“Saya telah mencuba namun kesal kerana tidak dapat beraksi dengan cemerlang dalam pertandingan itu,” katanya.
Setakat ini Cheong Jun Hoong masih belum memutuskan perancangan kerjayanya di masa hadapan. Selamat maju jaya daripada GLAM!