Use your ← → (arrow) keys to browse
Atlet berusia 32 tahun ini memahat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi kejuaraan dunia dalam acara terjun dengan merangkul emas 10m platform individu pada Kejohanan Dunia Budapest 2017.
Sehingga kini dia kekal menjadi satu-satunya penerjun kebangsaan yang meraih gelaran dunia.
Namun dia mengakui sukar untuk mengekalkan prestasi cemerlang sejak menjalani pembedahan lutut pada 2018 atas kecederaan yang dialami.
Walau berjaya melayakkan diri dalam Olimpik Tokyo 2020, nyata ia menjadi pertandingan terakhir buat Cheong Jun Hoong apabila tersingkir di pusingan awal.