Use your ← → (arrow) keys to browse
Malaysia kehilangan seorang lagi atlet berkaliber apabila penerjun, Cheong Jun Hoong mengumumkan persaraan secara rasmi pada 4 Januari.
Berita itu diumumkan Cheong Jun Hoong hanya beberapa hari selepas rakan atlet, Leong Mun Yee bersara setelah kontraknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) berakhir.
Atlet kelahiran Perak itu telah terlibat dalam sukan renang seawal usia sembilan tahun pada 1999 dan mengakhiri perjalanannya sebagai penerjun negara selepas 22 tahun.