Use your ← → (arrow) keys to browse
Menurut laporan, ia direka untuk mencerminkan Istana Tintagel di Cornwall, England yang merupakan tempat kelahiran Raja Arthur.
Kediaman yang dikenali sebagai ‘Seaward’ dan ‘The D.L. James House’ itu dibina atas arahan pemilik asal, Daniel Lewis “D. L.” James Sr. yang merupakan seorang usahawan barangan perak dan produk halus buatan China dari Kansas City.
Selain menjadi ahli perniagaan berjaya, dia turut mempunyai minat dalam bidang kreatif dan bergelar penulis teater di mana bebeberapa karyanya pernah dipentaskan di New York.
Sebelum Brad, kediaman itu dimiliki oleh pengurus dana, Joe Ritchie dan isterinya, Sharon yang dibeli pada harga RM20.4 juta pada tahun 1999. Joe meninggal dunia awal tahun ini.