Use your ← → (arrow) keys to browse
Peminat dengan pantas mendakwa chef selebriti dari Turkiye itu gilakan perhatian kerana sibuk meraikan kemenangan bersama pasukan Argentina.
Dia juga dikritik kerana tidak menghormati trofi piala dunia dengan menyentuh, menjulang, mengucup dan membuat aksi ‘menabur garam’ di atas trofi tersebut.
“Tidak masuk akal! Siapa benarkan Salt Bae muncul di padang dan memegang trofi piala dunia?” tanya seorang peminat.
Seorang lagi menambah, “Lebih sudu daripada kuah. Dia yang melebih-lebih menjulang trofi itu berbanding pemain sendiri.”