Use your ← → (arrow) keys to browse
Aksi Salt Bae di padang Piala Dunia 2022 selepas kemenangan Argentina menentang Perancis mengundang rasa kurang senang di kalangan peminat.
Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce dilihat bertindak agresif dengan menarik kasar lengan Lionel Messi dan menepuk bahunya beberapa kali untuk menarik perhatiannya.
Walau kelihatan tidak selesa, pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu akhirnya berpaling, berjabat tangan dan merakam foto bersamanya sebelum beredar dengan pantas.
Salt Bae juga dirakam menepuk trofi Piala Dunia sewaktu berdiri bersebelahan Angel Di Maria yang menjaringkan gol kedua Argentina dan menggigit pingat penjaga gol Franco Armani yang ketika itu masih tergantung di lehernya.