The Paiza Collection, Definisi Hospitaliti Ultra-Mewah

The Paiza Collection, Definisi Hospitaliti Ultra-Mewah

Lalui pengalaman ultra-mewah, Paiza Sky Residence yang mengambil inspirasi keanggunan istana musim panas.

Imaginasi semula daripada layanan ultra-mewah, The Paiza Collection terbaharu di Marina Bay Sands adalah lambang kemewahan hospitaliti dan direka untuk membuatkan tetamu ternama berasa seperti di rumah sendiri. Dilapisi dengan tekstur sofistikated yang mencerminkan ketukangan halus yang berakar umbi dalam tradisi Asia Tenggara dalam palet bahan yang menenangkan, santuari bandar yang disesuaikan sepenuhnya untuk tetamu.

The Paiza Collection, Definisi Hospitaliti Ultra-Mewah

The Paiza Collection meperkenalkan suite gaya kediaman ultra-mewah yang terletak di tingkat tertinggi hotel. Dikhaskan untuk tetamu ternama, Marina Bay Sands menawarkan pengalaman mewah termasuk balai ketibaan VIP peribadi dan lif khusus. Tambahan pula, tetamu dapat merasai perkhidmatan butler dan akses eksklusif ke Paiza Sky Club.

Di bawah kategori ini ialah The Paiza Royal Collection yang menampilkan suite ultra-mewah menawarkan pemandangan setinggi langit dari aras 50 hingga 54 di menara 1 dan 2. Mendukung cita-cita Marina Bay Sands untuk mengatur pengalaman mewah untuk tetamu ternama, The Paiza Royal Collection menampilkan Chairman Suite, Presidential Suite, Horizon Suite dan Marina Suite.

See also
Alasan Wendy Williams Menolak Suntikan Vaksin Covid-19

Kesejahteraan menjadi tumpuan utama dalam Horizon Suite yang mempunyai satu bilik tidur didatangkan dengan bilik rawatan dilengkapi meja urut, sauna kering, perigi ais, mandian hammam dan mandian wap. Zon spa suite didedikasikan untuk rejuvinasi yang mendalam dengan dinding garam Himalaya, kerusi santai seramik yang dipanaskan dan gim peribadi.

The Paiza Collection

Sukan ialah tema lain yang menjadi tumpuan terutamanya di Presidential Suite yang mempunyai dua bilik tidur. Suite ini dihadirkan dengan simulator golf. Para tetamu boleh bermain di padang golf yang terkenal di dunia, seperti St Andrews Links, Pebble Beach dan Padang Golf Torrey Pines sambil berlatih hayunan dalam keselesaan bilik.

Menjangkau 600 meter persegi secara purata, Chairman Suite mempunyai konfigurasi tiga dan empat bilik tidur, masing-masing boleh memuatkan sehingga 8 dan 12 tetamu dengan selesa. Sorotan suite ini termasuk dua ruang tamu, dapur pertunjukan hiburan, bilik urut, gimnasium tercanggih serta bilik hiburan yang menampilkan skrin televisyen Samsung ‘The Wall All-in-One’ 146 inci yang menghiburkan, kemudahan karaoke dan kerusi urut.

See also
Splash Out Langkawi Puncak Destinasi Liburan Riadah Air Terkini!

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat tempahan bilik, anda boleh klik di sini.