The Exchange TRX Presint Kuala Lumpur Bertaraf Dunia
Terlaksana hasil kepakaran pemaju pembangunan terkemuka Australia, Lendlease dalam mengolahkan sebuah bandar global. Ia bakal menjadi nadi buat Tun Razak Exchange sekali gus mentakrifkan semula pusat ekonomi KL sebagai hab kewangan pertama juga satu-satunya di Malaysia.
Dibangunkan dengan merujuk model pusat kewangan global terkemuka di dunia seperti Canary Wharf di London, International Commerce Centre di Hong Kong dan Marina Bay di Singapura, pembangunan TRX bakal dikenali sebagai pusat kewangan langsung memenuhi kesempurnaan gaya hidup bertaraf dunia di Kuala Lumpur. Sekali gus, dijangka mampu membentuk kehidupan berbeza di kalangan warga serumpunnya di ibu kota.
Pemaju pembangunan terkemuka Australia, Lendlease dan TRX City Sdn Bhd (TRX City) memeterai perjanjian untuk membangunkan presint pembangunan merangkumi TRX City Park seluas 10 ekar, laman peruncitan, residensi, Hotel Kimpton yang pertama di Malaysia serta ruang pejabat ala kampus. Ia adalah sebahagian daripada projek mega Tun Razak Exchange (TRX) yang dijangka menjadi hab kewangan antarabangsa. Secara tidak langsung, disasarkan untuk menjadi salah satu daripada projek penjanaan bandar penuh transformasi yang menggambarkan masa depan Central Business District (CBD) Kuala Lumpur.
TRX Residences adalah sebahagian daripadanya yang bakal menjadi pusat gaya hidup paling serasi untuk didiami di dunia; pegangan bebas buat generasi akan datang dengan pembangunan bersepadu yang terancang secara intuitif. Lantas, ia mendasari kesempurnaan kehidupan dalam pelbagai kemudahan dengan ketersambungan yang tiada tandingan. Berselubung sama hubungan biofilik dalam persekitaran yang selamat lagi terjamin.
Destinasi gaya hidup, menampilkan kepelbagaian pengalaman urban.
Pusat runcit eksperiensial yang disepadukan dengan TRX City Park terhubung bersama TRX Residences. Demikian, The Exchange TRX menggabungkan visi serta reka bentuk bertaraf dunia yang sempurna. Konsep gaya hidup bersepadu bertaraf dunia ini dihubungkan terus ke stesen MRT yang dibina khusus, hanya 70 meter dari persimpangan stesen MRT terbesar dan satu-satunya di KL antara Laluan 1 dan 2. Selain itu, menawarkan lebih 450 outlet runcit, menghubungkan Hotel Kimpton pertama di Malaysia yang juga mendakap konsep gaya hidup mewah, laman rimbunan TRX City Park teraktif serta kediaman Premier Urban Residences di TRX Residences.
Potensi yang meluas.
Tidak terhenti di situ, para pelabur bisa menjangkakan permintaan kukuh untuk residensi daripada unjuran populasi sebanyak 45,000 di TRX. Selain nilai modalnya bakal terus berkembang dengan setiap penyiapan baharu menerusi pelan induk keseluruhan.
KESEMPURNAAN GAYA HIDUP BERTARAF DUNIA IBARAT MENELUSURI BANDAR-BANDAR UTAMA DUNIA.
Direka dengan teliti, dilestari khusus buat anda.
90,000 kaki persegi kemudahan, hanya dengan menaiki lif. Bagi meliputi masa lapang, kesihatan, kesejahteraan serta hiburan, kemudahannya ditawarkan di setiap aras yang berbeza. Kesemua kemudahan ini didorongkan bagi menampung gaya hidup bandar yang boleh diakses dengan cepat dan mudah. Raikan kehidupan dengan penuh keyakinan, dalam ruang yang direka dengan baik dan selamat. TRX Residences menerapkan estetika reka bentuk yang sempurna, menggabungkannya dengan kefungsian di dalam memberikan ruang optimum di lokasi yang tepat. Lantas, gaya hidup global anda disesuaikan dengan konstruksi yang tepat serta aplikasi yang fleksibel.
Direka dengan teliti, dilestari khusus buat anda.
90,000 kaki persegi kemudahan, hanya dengan menaiki lif. Bagi meliputi masa lapang, kecergasan, kesejahteraan serta hiburan; kemudahannya ditawarkan di setiap aras yang berbeza. Kesemua kemudahan ini didorongkan bagi menampung gaya hidup bandar yang boleh diakses dengan cepat dan mudah. Raikan kehidupan dengan penuh keyakinan, dalam ruang yang direka dengan baik dan selamat. TRX Residences menerapkan estetika reka bentuk yang sempurna, menggabungkannya dengan kefungsian untuk memberikan ruang optimum di lokasi yang tepat. Gaya hidup global anda disesuaikan dengan reka bentuk yang efisien dan aplikasi yang fleksibel.
Layari laman sesawang www.trxresidences.my dan platform media sosial TRX Residences di Facebook serta Instagram bagi liputan lanjut.
Pautan berkaitan: Gucci Melengkapi Rutin Harian