Terapi Jiwa Di Bumi Borneo - Glam Malaysia

Terapi Jiwa Di Bumi Borneo

Sambil berehat, sambil melakukan aktiviti Beach Clean Up. LUSH Malaysia berkolaborasi bersama Shangri-La Rasa Ria Kota Kinabalu untuk program dan pakej buat anda yang gemarkan percutian di pantai.

Pengarang kecantikan GLAM, Julia Azman memenuhi jemputan LUSH Malaysia untuk bersama-sama menyertai program khas yakni Beach Clean Up di Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu. Saya sangat teruja apabila dapat meluangkan masa yang terhad bersama keluarga Borneo dan LUSH, kerana ini kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Borneo. Cukup menenangkan! Jenama penjagaan badan dan kecantikan, LUSH sentiasa menampilkan inisiatif istimewa dalam melindungi hidupan di lautan kerana sering diabaikan oleh manusia. Sudahnya banyak hidupan ini mula pupus akibat kerakusan manusia sendiri.

Pada hari pertama sampai di Shangri-La Rasa Ria, kami disambut meriah oleh pihak hotel dan aktiviti utama adalah mempelajari cara membuat Bath Bomb oleh pihak LUSH. Walaupun itinerari yang tersedia cukup padat tetapi sangat istimewa buat saya terutama kala aktiviti Beach Clean Up. Semua krew hotel, media, selebriti, bintang media sosial dan pihak LUSH bersama mengutip sampah di sekeliling pesisiran pantai sehingga berjaya mengumpul sampah seberat 1769 kilogram. Satu jumlah yang sangat besar! Oleh itu, sedarlah bahawa alam juga memerlukan kita.

See also
8 Kerabat Diraja Britain Yang Menderitai Penyakit Kanser

Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu, pilihlah pakej khas ‘Ria Reset with LUSH’ sambil menikmati keindahan pantai Dalit dan itinerari khas untuk anda yang gemarkan aktiviti air dan darat. Dari Standup Paddleboard Yoga hinggalah ke aktiviti meredah hutan simpan berdekatan. Pakej ini juga termasuklah percuma LUSH bath bar.

Untuk percutian bersama pakej eksklusif ini, anda boleh klik di SINI uituk maklumat lebih lanjut. Pakej ini bermula pada 1 Ogos 2022 sehingga 20 Disember 2022.

Artikel berkaitan Resort Percutian Aishwarya Rai Di Maldives Mencecah Harga RM800,000 Satu Malam