Kenali Tengku Puteri Iman Afzan Yang Jelita Dan Anggun

Pertuturannya Meraih Tumpuan, Kenali Tengku Puteri Iman Afzan Yang Anggun

Baru- baru ini, buat pertama kalinya Tengku Puteri Iman Afzan membuat kemunculan secara langsung di platform media sosial TikTok.

Kemunculan gandingan Tengku Puteri Iman bersama Natasha Ozeir secara langsung di TikTok sememangnya meraih tumpuan ramai. Walaupun beliau merupakan seorang kerabat Diraja, Tengku Puteri Iman dan juga Natasha Ozeir kelihatan selesa dan ceria ketika bercerita dan menjawab soalan yang diajukan oleh penonton TikTok live itu. Beliau juga dipuji memiliki pertuturan yang lemah lembut serta mesra bersama peminatnya, mencerminkan keperibadiannya yang baik dan sopan. Ayuh kenali Tengku Puteri Iman Afzan yang anggun dan jelita ini.

Pertuturannya Meraih Tumpuan, Kenali Tengku Puteri Iman Afzan Yang Anggun

Puteri Iman

Foto: Instagram/@rizalman71

Tengku Puteri Iman Afzan adalah yang sulung antara tiga puteri selain Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana. Hasil perkahwinan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dengan seorang aktres tahun 80-an, Yang Amat Berbahagia Cik Puan Julia Abdul Rais.

See also
Identiti Ultra Mewah Stonor 3

Tengku Puteri Iman Afzan mengikuti jejak Baginda ayahnya dan menghabiskan tahun-tahun universitinya di UK. Beliau mengambil jurusan sains politik di Universiti Nottingham, menjadikan United Kingdom sebagai kediaman keduanya.

Puteri Iman

Foto: Instagram/@rizalman71

Puteri sulung Sultan Pahang ini telah melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos 2018 dengan pasangannya, dari kerabat Pahang iaitu Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah dalam satu majlis yang penuh gilang-gemilang.

Puteri Iman

Foto: Google/The Star

Beliau juga adalah seorang aktivis kesihatan mental yang terkemuka di Malaysia, mengambil pengalaman peribadinya dalam menghadapi cabaran kesihatan mental. Beliau memperjuangkan penyingkiran stigma terhadap penyakit mental, menekankan keperluan reformasi dalam undang-undang bunuh diri untuk mendorong orang mencari bantuan.

Tengku Puteri turut menjadi pengasas Kumpulan Green Ribbon untuk meningkatkan sistem penjagaan kesihatan mental Malaysia. Dedikasinya terhadap kesihatan mental telah membawa beliau ke pelbagai peranan berprestij. Termasuk sebagai penaung Diraja Mental Illness Awareness and Support Association (Miasa) dan penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia. Beliau juga menyokong organisasi seperti Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental dan Yayasan J’keb bagi remaja kurang bernasib baik.

See also
10 Selebriti Popular Ini Merupakan Peminat BTS

Tengku Puteri Iman Afzan dianugerahkan gelaran kehormat “Doctor of the University” oleh Universiti Heriot-Watt Malaysia pada tahun 2022. Ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranannya sebagai pemimpin yang memberi inspirasi dan berorientasikan matlamat, komited untuk memperjuangkan kesihatan mental di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.