Use your ← → (arrow) keys to browse
Dwayne bukan satu-satunya selebriti yang menentang rutin jarang mandi di kalangan bintang Hollywood. Terbaharu, Cardi B turut meluahkan kekeliruan mengenai trend yang dilihat agak menggelikan ini.
“Apa masalah mereka yang tidak suka mandi? Kulit akan gatal jika tidak mandi,” tulisnya di Twitter.
Walau dikecam netizen, pakar dilihat bersetuju dengan rutin kebersihan diri ini – namun hanya untuk kanak-kanak.
“Tubuh menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi rambut dan kulit. Jadi sebaiknya elakkan mengganggu proses tersebut,” kata Daniel Ganjian, pakar kanak-kanak di Providence Saint John’s Health Center, California.
Tambahnya, kekerapan memandikan anak bergantung kepada usia dan tahap kekotoran pada tubuh. American Academy of Dermatology Association menyaran agar bayi dimandikan dua kali seminggu, manakala kanak-kanak pula sekurang-kurangnya seminggu sekali.