Use your ← → (arrow) keys to browse
Pendedahan itu mengejutkan peminat, namun mendapat sokongan daripada satu lagi pasangan popular Hollywood, Dax Shepard dan Kristen Bell.
Ketika menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara The View, mereka mengakui hanya akan memandikan kedua-dua anak apabila tubuh mereka berbau.
Alasannya? Untuk menjimatkan air memandangkan kawasan perumahan mereka di California sedang mengalami krisis air. Malah dia akan bersiram bersama anak-anak menggunakan air yang sama.
Bintang Southpaw, Jake Gyllenhaal juga berpendirian serupa. Katanya kepada Vanity Fair, dia membersihkan diri selang sehari demi merawat kulit dan tidak suka mandi selepas bersenam.
“Semakin lama, saya berasakan mandi tidak lagi perlu,” katanya.