Swarovski Israel Mengutuk Pelantikan Bella Hadid Sebagai Duta Rasmi - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Swarovski Israel Mengutuk Pelantikan Bella Hadid Sebagai Duta Rasmi

Swarovski Israel Mengutuk Pelantikan Bella Hadid Sebagai Duta Rasmi

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Crystalino Group, pengimport dan pemilik butik Swarovski di Israel ingin menjelaskan bahawa ia sama sekali tidak menyokong pelantikan Bella Hadid sebagai duta jenama itu.

“Syarikat itu tidak akan membenarkan Bella Hadid terlibat dalam pengiklanan jenama di Israel dan sedang berusaha keras untuk memastikan dia digugurkan,” tulis kenyataan tersebut.

Hantaran mengenai pelantikan itu yang dimuat naik di Instagram rasmi EH! Malaysia turut diserang rakyat Israel yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di ruangan komen.

“Anda telah kehilangan semua pelanggan Yahudi.”

“Satu keputusan yang teruk dan salah. Saya tidak akan membeli daripada anda lagi.”

“Mengapa memilih duta yang menyokong keganasan?” tulis beberapa pengguna Instagram.