Use your ← → (arrow) keys to browse
Supermodel Bella Hadid berkongsi keterujaan bersama peminat apabila dilantik sebagai sebagai duta jenama aksesori tersohor dari Austria, Swarovski.
Bella mengumumkan khabar gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram Khamis lalu dengan kapsyen, “Amat berbesar hati dan teruja menjadi wajah baharu jenama ikonik @swarovski.”
Malangnya pengumuman itu tidak mendapat maklum balas positif daripada cawangan Swarovski di Israel yang mengutuk pelantikannya secara terang-terangan menerusi satu kenyataan.