Sunway Resort Hotel Lancar The Christmas Journey Cukup Magis

Sunway Resort Hotel Perkenal The Christmas Journey: Pengembaraan Krismas Serba Magis

Setiap hujung tahun, Sunway Resort Hotel sentiasa hadir dengan sesuatu yang istimewa. Kali ini, sambutan tahun ini membawa sentuhan yang jauh lebih magis, sebuah kisah perayaan yang dirangka seperti perjalanan menaiki kereta api klasik, lengkap dengan nostalgia, haruman gingerbread dan detik-detik yang terasa seperti babak dalam filem percutian.

Tema baharu ini, The Christmas Journey, secara rasmi dilancarkan pada 19 November 2025 melalui acara penyalaan pokok Krismas yang cukup mempesonakan. Tetamu disambut dengan live jazz carolling, sajian perayaan dan penampilan mengejut Train Conductor yang mengajak semua “naik” ke perjalanan Krismas tahun ini. Saat pohon Krismas setinggi 16 kaki mula menyala dengan efek “steam” berpusar, lobi hotel bertukar menjadi dunia fantasi yang penuh kehangatan dan rasa menakjubkan.

Yang lebih menyentuh hati, acara ini turut menyaksikan kanak-kanak dari Shelter Home for Children mempersembahkan koleksi kad Krismas ciptaan mereka sendiri melalui inisiatif Cards from the Heart. Setiap kad bukan hanya hasil seni, tetapi kisah kecil tentang harapan, kegembiraan dan imaginasi mereka.

Santa’s Station: Instalasi gingerbread ikonik Sunway Resort Hotel

Masuk ke lobi Sunway Resort Hotel, dan anda akan disambut oleh Santa’s Station, sebuah instalasi gingerbread berskala besar yang seolah-olah membawa tetamu ke dunia Krismas era klasik. Tahun ini, tarikan utamanya ialah enjin kereta api gingerbread yang “menerobos” terowong ais, membuatkan sesiapa sahaja ingin berhenti dan merakam gambar.

See also
GBC Love Wellness: Healing Bunyi di Sages KL

sunway resort hotel

Bahagian dalamnya pula ibarat kedai manisan Krismas impian:
• Christmas Luggage gift boxes berisi manisan musim perayaan
• Gingerbread house buatan tangan
• Biskut, kek log, keretapi yang diperbuat daripada gingerbread
• Aneka konfeksi untuk hadiah atau dinikmati sendiri

Setiap ruang hotel menyambung babak baharu dalam The Christmas Journey daripada bufet meriah di Sunset Terrace ke hidangan mewah di Gordon Ramsay Bar & Grill.

Pengembaraan rasa menyelerakan Sunset Terrace “All Aboard the Holiday Feast”

sunway resort hotel

Mulakan pengembaraan kulinari anda di Sunset Terrace. Dari 18 November hingga 30 Disember 2025, bufet perayaan ini menyajikan hidangan yang bukan sekadar lazat, tetapi visual dan aromanya benar menceriakan hari.

Antara sajian yang mencuri tumpuan:
• Turducken
• Baby Lamb Ribs with Chestnut Glaze
• Whole House Smoked Salmon
• Angus Beef Tomahawk
• Variasi pemanis mulut perayaan

Brunch hujung minggu menampilkan DJ, aktiviti kanak-kanak dan pastinya dengan kunjungan Santa. Pada malam dan hari Krismas, suasana diserikan dengan carollers dan live band.

Gordon Ramsay Bar & Grill Sunway Resort Hotel: Krismas gaya Eropah klasik

sunway resort hotel

Bagi yang menggemari perayaan dalam suasana elegan, Gordon Ramsay Bar & Grill menawarkan menu à la carte yang menyatukan tradisi Eropah dengan kemewahan moden.

See also
Jelajah Victoria: Chic Adventure with JUCY

Antara pilihan yang menggoda:
• Beef Consommé
• Grilled Hokkaido Scallops
• Bronze Turkey Wellington
• Roast Wagyu Prime Rib
• Langoustine Agnolotti

sunway resort hotel

Pencuci mulut seperti Christmas Pudding dan Bombe Alaska melengkapkan kemanisan perayaan. Sepanjang musim ini, kanak-kanak makan percuma, dan carollers hadir pada waktu malam serta hari Krismas.

Black Tap Craft Burgers & Shakes di Sunway Resort Hotel: Perayaan bergaya New York

Dari 24 November hingga 1 Januari 2026, nikmati menu penuh karakter:
• Juicy Lucy Burger
• Rib Eye Steak
• Festive Platter
• Festive Wonderland CrazyShake

Kanak-kanak boleh menyertai CrazyShake Masterclass, manakala pelanggan wanita boleh menikmati koktel percuma pada Hari Krismas. Suasana yang  bertenaga, muzik live dan dekorasi meriah menjadikannya lokasi pilihan untuk sambutan lebih playful.

Gordon Ramsay Street Pizza: Streetmas Feast

sunway resort hotel

Hidangan pilihan termasuk:
• Mortadella & Burrata Pizza
• Truffle Mushroom Pizza
• Meatball Pizza
• Panzanella Salad

Set menu Feast for Four dan Duo Delight turut disediakan. Pada Hari Krismas, kanak-kanak boleh menyertai kelas membuat pizza berbentuk pokok Krismas, aktiviti comel yang pasti menjadi kenangan.

Linkway Café: Sentuhan santai dan manis

sunway resort hotel

Untuk detik relaks dengan gaya cozy:
• Sup panas
• Sandwich artisan
• Hidangan berat
• Pencuci mulut unik

See also
Penyatuan Semula 2NE1 Di Pentas Coachella

• Mulled Wine, Minty Iced Chocolate & Espresso Festive Mocktail

Aktiviti perayaan di Sunway Resort Hotel untuk semua peringkat umur

Untuk kanak-kanak

sunway resort hotel

• Wonderland Explorers
• Gingerbread Train Decorating
• Santa’s Food Lab
• Wonderland Disco Party pada Christmas Eve (foam + bubble disco!)

Untuk dewasa

• Pakej spa Sunway MediSpa termasuk urutan badan penuh
• Lilin aromatik percuma untuk melengkapi suasana santai

Penginapan eksklusif di Sunway Resort Hotel

Pilih antara Sunway Resort Hotel, Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Lagoon Hotel, setiap satu menawarkan pakej lengkap dengan sarapan mewah, akses lounge, pengalaman makan perayaan dan pemandangan bunga api Tahun Baharu 2026.

Sesuai untuk:
• Percutian keluarga
• Staycation perayaan
• Sambutan hujung tahun yang glamor

Cards from the heart: Hadiah bermakna sepanjang musim

sunway resort hotel

Dijual pada harga RM20 nett, kad Krismas hasil karya kanak-kanak Shelter Home for Children ini boleh didapati di Santa’s Station. Setiap pembelian menyokong komuniti, hadiah kecil yang membawa impak besar.

Artikel berkaitan: Sambutan Krismas Penuh Magis, Ini 5 Destinasi Paling ‘Chill’ Di Malaysia

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.