Splash Out Langkawi Puncak Destinasi Liburan Riadah Air Terkini!

Splash Out Langkawi Puncak Destinasi Liburan Riadah Air Terkini!

Tanda kalendar anda dalam menemukan percutian yang menggembirakan dengan seleksi permainan air buat segenap lapisan usia di Taman Tema Air Pertama di Langkawi!

Splash Out Langkawi Puncak Destinasi Liburan Riadah Air Terkini di Pulau Langkawi. Splash Out Langkawi menawarkan 12 gelongsor dan slaid tunggangan air bagi pemuja keseronokan yang mendakap ilham sang pelaut menerokai tujuh lautan.

Taman tema air Splash Out Langkawi yang pertama di pulau penuh mitos dan legenda ini adalah lokasi prima buat para pemuja aktiviti riadah yang menyeronokkan dalam memacu adrenalin. Diinspirasikan dengan fasad rincian seni bina di persisiran pantai yang mendakap tema nautika, taman tema air ini mempunyai himpunan permainan air yang mendebarkan.

Terlentang bersempadan persisiran Laut Andaman yang berkilauan, taman tema air ini dibina dengan keluasan 12 ekar di Bandar Kuah; yang hanya 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Projek bernilai RM60 juta itu dilancarkan oleh Kumpulan Halim Mazmin pada 2019.

Taman permainan interaktif riadah air Big Splash Kingdom.

Melangkahi pintu gerbang besar yang mana merupakan pintu masuk utama, pengunjung bakal diiringi dengan 12 tarikan berinspirasikan laman maritim. Secara tidak langsung, seolah berada dalam sebuah pengembaraan di lautan bergelora.

See also
5 Destinasi Beach Escape Paling Elegan Di Malaysia

Taman permainan interaktif riadah air Sprinkle Island.

Antara tarikan yang penuh keseronokan adalah Sprinkle Island, taman permainan interaktif dengan penyiram air gergasi, dan Big Splash Kingdom, di mana kanak-kanak bakal disiramkan dengan 250 liter air selang beberapa minit. Bagi individu yang lebih gemar untuk memanjakan diri, anda boleh berenang di kolam gelombang, Wild Water dengan kedalaman 6 kaki. Lalu bermalasan dalam pelampung menyusuri River of Life, sungai buatan dengan perjalanan yang lebih nyaman dan sesuai untuk seisi keluarga.

Menyusuri sungai buatan River of Life bersama seisi keluarga.

Slaid air dan tunggangan yang mendebarkan seperti Ragin’ Racers dan Perfect Storm pula sesuai untuk individu yang memuja aktiviti ekstrem. Jeritan bakal berkumandang saat berlumba turun pada kelajuan 50km/sejam dan hanyut merentasi corong parabola 40 darjah dengan kesan putaran kaleidoskop sebelum turun ke aras tanah.

Slaid air Perfect Storm.

Sudah semestinya permainan gelongsor air berkuasa di sini! Buat pengalaman taman tema air yang mengasyikkan, jelajahi Splash-Tacular di mana ia dipercepatkan oleh jet hidro pada kelajuan tinggi atau terokai Poseidon’s Revenge yang juga dipercepatkan oleh sebuah jet hidro menaik yang diakhiri dengan terjunan ke dalam terowong gelap dengan kesan visual unik.

Slaid air Ragin’ Racers.

Ditambah pula kehadiran Splash-Twister dan Splash-Python, tunggangan yang memacu adrenalin ini bakal membuatkan anda berpusing ke bawah seperti roller-coaster.

Tunggangan memacu adrenalin Splash Python.

Lantas, keterujaan bakal berlanjutan dengan mencuba riadah airi Shipwreck Falls; sebuah kapal karam di mana pengunjung bakal merasai terjunan curam kemudian diterbalikkan. Sekali gus menjadi tunggangan paling ekstrem di sini.

Slaid tunggangan air pantas Rainbow Rider.

Sekiranya slaid tunggangan air pantas dan pusingan mengejut bukan untuk anda, lewati Rainbow Rider yang bakal menghadirkan pengalaman menarik untuk semua peringkat umur!

See also
Datin Intan Najuwa dan Dato’ Azraf Langsungkan Pernikahan Mewah di One&Only Desaru

autan berkaitan: Sareng, Himpunan Karya Seni Minimalis