Use your ← → (arrow) keys to browse
Menurut portal Dispatch, pasangan itu menetap di sebuah vila bernilai RM70 juta di kawasan kejiranan Hannam di Seoul sejak musim bunga lalu.
Song Joong Ki dilaporkan menjemput ibu bapa Katy untuk menetap bersama mereka sebaik sahaja mendapat tahu tentang kehamilan isterinya. Mereka akan meluangkan kehidupan sebagai suami isteri dengan berulang-alik antara Korea Selatan dan United Kingdom.
Satu sumber daripada agensi High Zium Studio mendedahkan majlis perkahwinan pasangan itu akan dilangsungkan tidak lama lagi, bagaimanapun belum ada sebarang keputusan dibuat setakat ini.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Katy dan kedua buat Song Joong Ki yang sebelum ini pernah bergelar suami kepada bintang The Glory, Song Hye Kyo dari 2017 hingga 2019.