Siti Saleha Sah Bertunang Dengan Joshua Fitton - Glam Malaysia

Siti Saleha Sah Bertunang Dengan Joshua Fitton

Detik manis di malam penuh glamor dengan kejutan pertunangan Siti Saleha dan Joshua Fitton menghangatkan suasana KLFA 2024. 
Sudah menjalin hubungan hampir 2 tahun kini Siti Saleha mengejutkan hadirin KLFA 2024 dengan pengumuman pertunangannya bersama pereka fesyen tersohor, Joshua Fitton. Momen penuh kejutan itu berlaku secara spontan tanpa pengetahuan bakal suaminya, menambahkan lagi seri dan kehangatan malam fesyen tersebut. Berita gembira itu tercetus apabila hos majlis bertanya tentang perjalanan hidup Siti Saleha sepanjang tahun 2024. Pertanyaan tersebut disambut dengan pengumuman manis daripada Siti, mengungkap pertunangannya yang mengejutkan ramai.

She said YES! Cinta Joshua Milik Siti Saleha 

siti saleha

“2024 sangat bagus dan kami sudah bertunang. Saya terbuka mengenai perkara tersebut. Awak nampaknya tidak bersedia dengan pengumuman tersebut.”- ujar Siti Saleha katanya kepada Joshua sambil ketawa.

Diketahui Siti Saleha yang mula memperkenalkan Joshua, pasangan berdarah kacukannya sebagai kekasih pada Disember 2022, Sally lebih terbuka dalam berkongsi kisah manisnya dan kini memilih untuk tidak lagi menyembunyikan kebahagiaan hatinya. Beliau berbeza dengan selebriti lain yang cenderung menjaga privasi dalam perihal status cinta.

See also
Dakota Johnson Selangkah Menuju Perkahwinan

siti saleha

Staying sharp and classy in @atelierfitton Sally terlihat menggayakan busana putih yang direka oleh kekasihnya Joshua Fitton bersama tas tangan kulit dari Delvaux tampak begitu elegan dan Joshua hadir dalam persalinan all black di acara karpet merah KLFA, 8 November lalu.

Di sebalik gemerlapan pentas peragaan dan kilauan sorotan kamera, tersembunyi sebuah kisah cinta yang bersinar lebih jelas terpancar kemesraan dan keserasian di antara mereka. Joshua agak terkejut dengan ekspresi wajahnya dan sedikit tergamam hanya mampu mengukir senyuman sambil mencerna pengumuman mengejut itu.

siti saleha

siti saleha

Siti Saleha kini tampak lebih bahagia pada setiap foto yang diupload bersama pilihan hatinya yang baru. Mungkin ada benarnya kata orang, kadangkala pengalaman lalu membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. Walaupun beliau bersejarah mendirikan rumah tangga yang hanya bertahan empat tahun sejak 2017.

Dengan pengumuman pertunangan yang mengejutkan, jelas kelihatan bahawa Siti Saleha semakin berseri dan penuh kebahagiaan. Joshua Fitton, dikenali sebagai seorang pereka fesyen terkemuka, pastinya akan terus menjadi sumber inspirasi bukan hanya dalam dunia fesyen, tetapi juga dalam perjalanan hidup mereka sebagai pasangan manis.

@officialklfw

You heard it first – she’s engaged! 💍✨ Siti Saleha & Joshua Fitton just announced it at KL Fashion Awards 2024! #KLFA2024 #KLFA #KLFW #AmPrivateBanking #MandarinOrientalKL #ImAFan #KyōtillKO

♬ Diet Pepsi – Addison Rae

Artikel Berkaitan: Tiara Diamond Bandeau Queen Mary Yang Hilang Kini Milik Tengku Ampuan Pahang?