Use your ← → (arrow) keys to browse
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya dikenali sebagai bintang yang prihatin dan berjiwa besar.
Sejak sekian lama Siti Nurhaliza membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik menerusi yayasan kebajikan miliknya dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Yayasan Nurjiwa.
Kini ibu kepada sepasang cahaya mata itu mengambil langkah meringankan beban mangsa banjir kilat dengan ‘turun padang’ dan menjalankan misi bantuan.