Siri TV Seperti Stranger Things Yang Anda Patut Tonton Sekarang

7 Siri TV Ala Stranger Things Yang Anda Patut ‘Binge-Watch’

Pernahkah anda sejurus selepas habis menonton sesuatu siri tv, anda rasa seakan tidak bersedia untuk ‘move on’? Itulah perasaan jutaan peminat Stranger Things di seluruh dunia. Siri ini bukan sekadar kisah tentang makhluk pelik dari dunia gelap, malah ia juga penuh emosi, persahabatan, keberanian, dan nostalgia zaman kaset mixtape dan basikal BMX.

Dan apabila musim baru lambat tiba, kita mula mencari siri lain yang boleh beri rasa ‘thrill’ yang sama. Sebenarnya, memang ada beberapa siri tv lain yang mempunyai aura dan vibe hampir sama seakan misteri bandar kecil, eksperimen rahsia kerajaan, dunia lain yang menyeramkan, dan kanak-kanak atau remaja yang lebih berani daripada orang dewasa.

Menerusi artikel ini, GLAM senaraikan tujuh siri tv yang bukan sahaja seronok ditonton, malah ada elemen yang membuatkan anda teringat semula pada Hawkins, Eleven, dan The Upside Down. Siapkan snek, pasang lampu kecil, dan pilih mana satu yang anda nak mulakan terlebih dahulu.

Siri TV seakan sama dengan Stranger Things

1. Siri tv: Dark

Jika Stranger Things bawa anda ke ‘Upside Down’, Dark pula membawa anda ke lorong masa yang pelik dan memeningkan dengan plot yang makin rumit setiap episod. Berlatar di Winden, sebuah bandar sunyi di Jerman, kisahnya bermula dengan kehilangan kanak-kanak, tetapi secara perlahan membongkar rahsia keluarga, perjalanan masa dan paradoks yang mind-blowing.

2. The OA

The OA bukan siri tv biasa. Ia sangat unik gabungan fantasi, spiritual dan dimensi lain. Kisahnya tentang seorang wanita buta yang hilang selama tujuh tahun, dan pulang dengan penglihatan dan kebolehan luar biasa. Ia misteri, puitis dan penuh emosi. Rasanya sangat ‘Stranger Things’, cuma lebih matang dan sedikit surreal.

3. Siri tv: Locke & Key

Siri ini lebih ringan tetapi sangat addictive. Sebuah keluarga berpindah ke rumah lama warisan keluarga, dan menemui kunci-kunci ajaib yang boleh membuka kuasa, memori, dan portal rahsia. Seperti Stranger Things, ia adalah campuran elemen gelap, fantasi dan misteri tetapi lebih mesra remaja dan penuh elemen visual yang menarik.

See also
Wajah Baru Mandarin Grill

4. The Umbrella Academy

Bayangkan jika Eleven ada enam adik-beradik, dan semuanya mempunyai kuasa pelik. Itulah The Umbrella Academy. Kisah adik-beradik angkat dengan kuasa berbeza, disatukan semula untuk menyiasat kematian bapa dan menyelamatkan dunia. Ada gaya quirky, kelakar, misteri dan tegang dalam satu masa.

5. Siri tv: Riverdale

Riverdale kelihatan seakan drama remaja biasa tapi tunggu sehingga anda tahu apa yang sebenarnya berlaku di bandar itu. Pembunuhan, sekta misteri, ritual pelik, kisah cinta yang toksik dan elemen paranormal, semuanya ada. Vibe lebih gelap dan dramatik, sesuai jika anda sukakan Stranger Things tetapi mahukan sesuatu yang lebih edgy.

6. Chilling Adventures of Sabrina

Lupakan Sabrina yang comel dan ceria versi 90-an. Versi ini jauh lebih dark, gothic dan penuh unsur occult. Ia menyentuh dilema moral, kuasa sihir, identiti diri dan konflik antara dunia manusia dan dunia ghaib. Seperti Stranger Things, ia mempunyai rasa tegang, gelap, dan supernatural yang membuatkan anda tidak boleh berhenti menonton.

See also
INNSiDE by Melia Bangkok Sukhumvit, Ikon Baharu Kota Bangkok

7. Siri tv: Alice in Borderland

Jika anda suka babak tegang Stranger Things tatkala Eleven atau rakan-rakan bertarung dengan makhluk asing, Alice in Borderland adalah versi lebih mencabar dan intense. Berlatar di Tokyo yang kosong tanpa manusia lain, beberapa remaja terperangkap dalam permainan maut. Suspense tinggi, plot pantas dan sangat immersive.

Kalau anda suka jalan cerita yang mind-bending, mula dengan Dark atau The OA. Mahukan sesuatu yang visual dan fantasi berkuasa magik? Locke & Key atau Chilling Adventures of Sabrina mungkin lebih sesuai. Jika anda perlukan aksi dan konflik berbakat luar biasa? Umbrella Academy atau Alice in Borderland wajib ada dalam senarai.

Stranger Things mungkin satu, namun aura dan rasa yang sama boleh anda temui melalui siri-siri tv ini, masing-masing ada daya tarikan tersendiri, dan mungkin ada yang akhirnya jadi kegemaran baru anda.

Artikel berkaitan: Stranger Things 5: Kembali Ke Hawkins Penutup Yang Dinanti Seluruh Dunia

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.