Use your ← → (arrow) keys to browse
“Saya betul-betul mahu berkarya kali ini. Saya pernah dengar pihak pengurusan dan keluarga Suria FM adalah yang terbaik. Kalau ditanya, saya datang ke Suria FM kerana hendak menaikkan rating setinggi mungkin,” katanya.
Walau telah beberapa tahun tidak aktif di konti radio, Shuib mengakui tidak tertekan dan percaya dirinya mampu merealisasikan harapan Suria FM atas sokongan rakan sekerja.
“Saya tidak tertekan. Saya cuma berharap dengan pasukan baharu ini, saya dapat memberi kerjasama yang baik.
“Saya mengaku kali ini ia sangat berbeza. Saya tidak pernah berganding dengan penyampai wanita sepanjang bekerja di stesen radio, begitu juga dengan Ajak melainkan untuk program televisyen. Tetapi mereka profesional dan baik-baik sahaja. Malah, saya rasa kehadiran saya sangat dialu-alukan,” tambahnya.