Use your ← → (arrow) keys to browse
“Saya mengaku semangat untuk berkarya hampir hilang selepas pemergian arwah isteri. Saya bukan hendak mengada-ngada, namun, saya akui banyak tawaran ditolak.
“Bukan setakat stesen radio, malah program televisyen. Projek Sepahtu Reunion pun belum buat lagi. Saya tidak rasa hendak melakukannya.
“Malah, ketika DJ Lin dari Suria FM menelefon, saya masih terfikir-fikir. Namun saya fikir, mahu atau tidak, saya kena jalan terus. Tawaran Suria FM umpama wake up call. Saya perasan selama ini sangat santai dan banyak tidur. Jadi, inilah masanya,” katanya, menurut laporan Berita Harian.
Pernah bergelar penyampai radio di Hot FM dan Sinar FM, Shuib menganggap tawaran kali ini sebagai peluang yang baik untuk dirinya membuat kemunculan semula.