Sheila Majid: Empat Dekad & Satu Ritma Tanpa Noktah!

Sheila Majid: Empat Dekad & Satu Ritma Tanpa Noktah!

DATUK SHEILA MAJID, EMPAT DEKAD DALAM SENI, TETAP UTUH SEBAGAI IKON SUARA DAN GAYA. DARI PENTAS MUZIK KE DUNIA FESYEN, SETIAP MOMEN MEMANCARKAN ELEGAN TANPA BATASAN. GLAM MERUNGKAI PERJALANAN PENUH AURA, DARI KLASIK “SINARAN” KE OPTIMISME “MOVING ON”

pengarah kreatif AIZAT AIDID konsultan kreatif & penata gaya CHEAH WEI CHUN pengarah seni kanan KHAIRANI RAMLI pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar MICKY WONG solekan DERRICK CHEONG dandanan CKAY LIOW penyelaras SYAHIRAH HUSSAIN teks JACKY HUSSEIN

Empat dekad lalu, siapa sangka seorang gadis kecil molek menggoncang industri muzik dengan memperkenalkan ‘new wave’ of pop. Dari Kuala Lumpur ke Jakarta, sehingga ke Tokyo, lagu-lagunya mengusik jiwa dan menyatukan rasa. Legasinya bukan sekadar irama halwa telinga malah mekar sebagai runut bunyi setiap jiwa. GLAM menyingkap all the iconic moments of the legendary singer, Datuk Sheila Majid, merentasi 40 tahun perjalanan seninya.

40 tahun perjalanan seni

Sejujurnya, we have so many things in common. Kami berdua anak bongsu dan dilahirkan pada bulan Januari. “We are both Capricornians! Sebab itu kita independent,” seloroh Datuk Sheila Majid yang senang dengan panggilan Kak Sheila. Seawal darjah dua pada 1988, saya sudah mendengar album Warna. Semuanya bermula ketika kakak saya pulang dari Universiti semasa cuti semester, dan kaset itulah keep playing on the stereo. Bak kata anak-anak Generasi Z, I’m Sheila Majid ‘bias’!

Hari ini di Spotify sahaja, lagu Dia daripada album pertama, Dimensi Baru, mencecah sehingga 17 juta pendengar, and it is a big deal! “Honestly, I didn’t plan all this. 40 tahun lalu, saya hanya ingin mulakan kerjaya muzik dengan genre yang saya selesa. Somehow saya tertarik dengan R&B”. Ketika itu, inspirasinya hadir daripada Stevie Wonder, The Temptations, Diana Ross — pendek kata artis-artis yang dilahirkan Motown Records. “Namun untuk memperkenalkan pure R&B ketika itu will be a high risk untuk syarikat rakaman.” Dimensi Baru cukup rencahnya. Ada lagu buat peminat selective, seperti Dia dan Nada dan ada juga untuk pasaran yang lebih besar seperti Pengemis Muda.

Hadirnya Sinaran dalam album kedua Emosi, mencetus fenomena. Lagu ikonik ini bukan sahaja berusia 39 tahun dan telah disegarkan dalam pelbagai versi, malah signature song untuk semua konsert dan pertunjukan pentas Sheila. Ironinya, lagu ikonik ini sebenarnya karya Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan, bukan adiknya, Azlan. “At that time, Adnan memasuki pertandingan lagu di sebuah stesen TV. Dua lagunya berjaya masuk ke final, namun syarat pertandingan hanya membenarkan satu lagu untuk satu pencipta. Lantas dia menukar ciptaan ke nama Azlan. And the rest is history.” Menggelarnya sebagai lagu rezeki, dia bangga kerana kini generasi muda turut menyukainya.

See also
5 Highlight Terbaik Sepanjang KLFW 2024

Terlalu banyak momen muzik yang menjadi sejarah termasuk persahabatannya dengan komposer kelahiran Indonesia Allahyarham Odie Agam. Hanya bertemankan piano semasa majlis keraian di rumah Sheila, Odie mengalunkan lagu ikonik, Antara Anyer & Jakarta. Lagu titik permulaan kerjaya Sheila di Indonesia. “He wrote timeless, beautiful music that lives on.” Selain Odie, Mac Chew dan Jenny Chin merupakan tunggak utama kerjayanya. Malah Mac Chew sendiri mendorong Sheila untuk menulis lagu Ku Mohon, sehingga memenangi Anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 2000. “Ku Mohon was an album I did independently, tanpa Roslan Aziz Production (RAP). Hanya saya dan Mac Chew. Saya kongsi beberapa idea dan kata Mac, ‘Since you already have the vision, why don’t you write the lyrics?’ Itulah detik pertama saya menulis lirik, and by Allah’s grace, everything came together beautifully.”

Ikhlas Tapi Jauh merupakan kolaborasi ikonik bersama rakan-rakan seperjuangannya, Zainal Abidin, Azman Warren, Amir Yusoff, Zubir Ali dan Afdlin Shauki. “Semasa proses rakaman, I feel like a big sister with a rotan. Paling cool dan dengar kata tentunya, Zubir Ali.” Kemudian, hadirnya Jentayu, lagu ciptaan Allahyarham Johan Nawawi, duet bersama Datuk Nora Ariffin. Bait-bait liriknya ditulis sasterawan negara, Allahyarham Datuk Usman Awang. “I get goosebumps dengan chorusnya; Patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku. Maksudnya, never give up!” Selain kolaborasi dengan penyanyi Indonesia seperti Harvey Malaiholo dan Afgan, saya tertarik dengan duetnya bersama Allahyarham Tan Sri Datuk S.M Salim, Entah Jadi Entahkan Tidak. “How can I say no! Kebetulan semasa lagu itu dirakamkan saya masih belum berkahwin dengan Acis. Masih lagi dalam pertimbangan. Dan tajuk lagu ni macam bagi hint pula. Macam tahu-tahu je dia ya.” Sambungnya lagi, “It was such a fun time menyanyikannya bersama Tan Sri. Should I sing it in my next concert? Without duet partner?” Jawapan saya, why not? “Jennifer Thompson pasti garu kepala nanti.”

Back in the 80s and 90s, tak salah kalau dirinya digelar trendsetter. Mengimbau kembali pembikinan cover album Emosi, “Zaman itu, mana ada stylist. Konsep hitam dan putih itu datangnya daripada sepupu saya, Liz Tajuddin. Fotografi pula dirakam oleh kawan baiknya, Belinda Siew. Dengan oversized, structured black top yang bercirikan exaggerated shoulders, kami naik ke atas rooftop Pasar Seni (Central Market) tanpa permit.” Boleh dikatakan, it was a fashion-forward moment buat Sheila, kerana stail rambut pendeknya menjadi ikutan ramai ketika itu.

See also
Terokai Masa Depan Teknologi di Unfold Club, The Exchange TRX

Sesuai dengan tajuknya, cover album Legenda memperlihatkan Sheila mempopularkan, the sweetheart collar. “Inspirasinya adalah old-Hollywood glamour. Sekali lagi saya menggunakan khidmat kawan-kawan. Kebetulan, Datuk Tom Abang Saufi dan arwah kakaknya Zizi ketika itu mempunyai jenama, Layang-Layang. Terus dibuatkan 3 top yang sama dengan warna berlainan. Ada maroon, hitam dan hijau tua. Pada awalnya, kemunculan album Legenda kurang disenangi pengkritik. “The last thing that I want to do adalah merosakkan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.” Namun kritikan itu tidak mematahkan semangat, it created her best-selling album. Malah lagu Bila Larut Malam dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti nyanyiannya digunakan untuk mempromosikan kereta Nissan Skyline R32 di Jepun. “Bayangkan kalau saya dengar kata-kata mereka ketika itu?”

Terkenal dengan timeless beauty, Sheila Majid cukup bertuah dikelilingi kenalan dan rakan-rakan baik yang juga gilakan seni. Antaranya MUA terkenal, the late Alex Eu. “I miss him. Alex antara yang bertanggungjawab menyediakan konsep untuk video siri How Do I Look. Berlatarkan lagu Cinta Kita, it featured so many top models and celebrities. Antaranya Natasha Hudson, Wan Zaleha Radzi, Nasha Aziz, Amy Lela Chandran, Deanna Yusof, Fazura, Shida Yaacob, Irene Santiago, Tengku Azura, dan banyak lagi. “No one can truly understand our friendship. Dia garang, yes — and very meticulous in his work. Walaupun kadang-kadang nampak huru-hara, when it comes to work, he has an impeccable eye for detail.”

Umum tahu konsert Legenda mencipta sejarah pada 1992. Konsert solo kedua Sheila ini menyaksikan barisan pemuzik hebat, antaranya Zahid Ahmad, Albert Sirimal, Erwin Gutawa, Steve Hassan Thornton, The Midnight Horns, penyanyi latar dari Indonesia dan ramai lagi. “Jiwa muda, tenaga bergelora. Kami rehearsal berjam-jam sampai ke pagi. Kami bagaikan comrades with one mission — to excel in that concert.” Selain lagu-lagu daripada album Legenda, Sheila turut mendendangkan Sparkle In My Heart. Bergenre city-pop, lagu ini hasil nukilan Tatsuro Yamashita yang juga suami kepada idolanya, Mariya Takeuchi. “I was young and liked experimenting. Hanya dalam fikiran saya, best juga kalau lagu dalam bahasa Jepun ini dinyanyikan secara langsung. It just happened. Padahal lagu itu bukan daripada album Legenda.” Melihat penampilan Sheila pada malam konsert itu, siapa sangka dia baru sahaja habis berpantang selama 40 hari, selepas melahirkan cahaya pertamanya, Kayda Aziz. “It was all because of my late mother. Kerana nasihatnya, saya strict when it comes to pantang sampailah saya melahirkan anak bongsu, Khalefa Laila.” Buktinya, pada usia 60 tahun dengan empat orang anak, Sheila masih kekal cergas dengan graceful figure!

See also
Integrasi Seni, Budaya & Teknologi: Samsung Mentransformasikan Semua House

Sheila Majid sekali lagi menempa sejarah semasa ulang tahun ke-25 karier muziknya, dengan konsert orkestra pertama bersama Malaysian Philharmonic Orchestra. “Pertama kali menyanyi bersama full orchestra, saya rasa seperti mahu menangis. Nothing can beat that feeling! Dengan sistem akustik yang memancar sempurna, naik bulu roma. Sebab itulah bila kamu masuk dewan lambat, semua boleh dengar bunyi tapak kasut, keletak, keletuk.” Menyanyi dengan orchestra juga memerlukan disiplin yang tinggi. Harus mengikuti arahan konduktur jika tidak mahu huru-hara.

Setelah bertahun lamanya, Sheila Majid akhirnya hadir dengan single terbaharu, Moving On. Lagu ciptaan bersama pencipta dan penerbit dari Korea, Hyuk Shin dan dari Malaysia Cuurley, serta lirik daripada SYA dan Sheila Majid sendiri, lagu ini cukup upbeat dengan elemen disco ala Donna Summer dan Diana Ross. “Saya dah terlalu banyak sangat lagu ballad. Jadi saya mahukan sesuatu yang rancak.” Lagu ini, the epitome of positivity. “Dalam dunia media sosial yang ada kalanya merungsingkan, terlalu banyak kelebihan dan kekurangannya. Jangan mengukur diri dengan ‘likes’ daripada strangers. What matters is the people around you, keluarga dan teman-teman rapat. Dunia terus berputar, sama ada kamu suka atau tidak. Kehidupan harus diteruskan. Leave behind what’s beyond your control. Ikhtiar, dan selebihnya kita serah kepada Allah SWT. Selagi mempunyai tubuh yang sihat walafiat, chase your dream. Jangan mengeluh kerana health is wealth. Hargainya.”

Empat dekad ini juga bakal diraikan dengan konsert Sheila Majid 40 Years in Music pada November 2025. Tiket jualan laris bagaikan pisang goreng! Pasti ramai tidak sabar menanti konsep yang akan diterjemahkan pada konsert itu nanti. Berbicara mengenai persiapannya, “With the technology nowadays, rehearsal lebih senang. Rangka muzik telah disiapkan lebih awal oleh Mac Chew, jadi semua boleh berlatih secara bersendirian dulu sebelum kita berkumpul semula sebelum konsert.” Malah ketika temu bual ini, Sheila sedang bersiap untuk pertunjukkan pentas di Indonesia. Mungkin ramai yang tidak tahu, kerap menyanyi merupakan latihan vokal yang bagus. “Terima kasih kepada Afgan, kerana dialah yang buatkan saya aware mengenai vocal masterclass di Bali yang dikelolakan oleh Seth dan Margareta Riggs.” Pasangan suami isteri ini adalah guru vokal disebalik legenda seperti Stevie Wonder, Michael Jackson, Earth Wind & Fire dan banyak lagi.

Baca kisah penuh Datuk Sheila Majid dengan mendapatkan majalah GLAM isu Oktober 2025 di pasaran sekarang atau langgan secara online menerusi magzter.com.

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.