Use your ← → (arrow) keys to browse
Menurut satu dokumen yang diperolehi Reuters, pihak pendakwa raya Sepanyol menggesa agar denda sebanyak RM105 juta dikenakan terhadap Shakira termasuk hukuman penjara lapan tahun.
Penyanyi berusia 45 tahun itu dikhabarkan enggan membayar cukai kerana tidak menetap secara kekal di kediaman miliknya bersama Gerard di Barcelona, Sepanyol.
Namun menurut hakim, dia tetap perlu melunaskannya kerana menghabiskan masa melebihi enam bulan setiap tahun di negara itu walaupun bukan bergelar warganegara.
Menurut undang-undang Sepanyol, individu yang menetap di negara itu melebihi 183 hari perlu membayar cukai yang ditetapkan kerajaan.