Sentuhan Mewah Louis Vuitton di Hari Raya Aidilfitri

Sentuhan Mewah Louis Vuitton di Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri lebih meriah dengan dekorasi dan sentuhan mewah daripada Louis Vuitton, menciptakan suasana perayaan yang lebih bermakna.

Louis Vuitton menawarkan dekorasi rumah yang sempurna untuk menyambut tetamu semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Di ruang makan, koleksi Art de la Table mereka yang merangkumi pinggan, cawan, piring, teapot, dan mangkuk dengan corak Monogram Flower Tile yang diperbuat daripada porcelain. Set ini memberikan sentuhan elegan dan mewah pada meja makan, menjadikan suasana sambutan Hari Raya lebih meriah dan bergaya.

Louis Vuitton hiasi suasana Hari Raya

Zahirah Macwilson

Ameera Khan

Di ruang tamu, suasana lebih selesa dengan kusyen empuk Neo Monogram yang diperbuat daripada campuran wool cashmere dan tepi jahitan selimut bukan sahaja boleh dijadikan sebagai dekorasi tetapi juga memberikan kehangatan kepada tetamu yang duduk di atas kerusi atau sofa. Manakala Neo Monogram Blanket pula sangat sesuai untuk menyelimuti badan di rumah dengan bahannya yang juga wool dan cashmere. Dua pasang item ini sangat sempurna untuk digunakan dalam satu masa yang sama.

Tidak lengkap hiasan rumah tanpa bunga-bunga segar dan Louis Vuitton mempunyai beberapa pilihan koleksi pasu bunga dengan rekaan unik antaranya Porcelain Vase Petite Boite Chapeau, pasu bunga yang diperbuat daripada porcelain yang menyerupai beg klasik Louis Vuitton hat bag. Malle Fleurs pula adalah trunk bunga yang diperbuat dari tray logam kalis air dan lapisan Vuittonite bagi memastikan bahawa bunga, air, atau tanah boleh diletakkan di dalam tray tanpa merosakkannya.

Louis Vuitton juga bekerjasama dengan pereka Tokujin Yoshioka menjadikan bentuk ikonik Monogram Flower kepada pasu bunga Blossom Vase. Putaran kaca pasu tebal dan licin yang dibuat tangan oleh tukang kaca master di Murano, Itali ini bukan sahaja cantik untuk diletakkan sejambak bunga namun sebagai dekorasi semata-mata. Flower Carafe Blue juga dibuat tangan oleh artisan Venetian di Murano yang menampilkan bas-relief bunga Monogram dan perkataan “Louis Vuitton Paris” terukir halus.

Selain bunga-bunga segar dijadikan hiasan, Origami Flowers by Atelier Oï juga boleh dijadikan hiasan untuk diletakkan di dalam pasu-pasu tersebut. Terdapat empat jenis bentuk bunga mekar yang berbeza yang diperbuat daripada kulit lembu dan pastinya bakal mencuri perhatian tetamu yang datang ke rumah.

Eyka Farhana

Seiring dengan dekorasi rumah seperti pinggan mangkuk dan pasu bunga, lampu perhiasan juga menambah pesona rumah pada hari raya. Oleh itu, Louis Vuitton memperkenalkan Bell Lamp ciptaan Edward Barber & Jay Osgerby, menggabungkan teknologi moden dan tradisional. Kaca lampu berbentuk 'loceng' yang dibuat tangan ini dihiasi dengan tali kulit Nomade yang elegan dan dilengkapi dengan lampu LED boleh dimalapkan yang mampu memberikan pencahayaan sehingga 30 jam tanpa perlu dicas semula.

Louis Vuitton sememangnya terkenal dengan fesyen dan tidak lengkap rasanya tanpa menggayakan beg tangan bagi melengkapkan penampilan di hari raya. Beg tangan Capucines BB dan Monogram Slim Trunk menjadikan ia pilihan sempurna kerana saiznya yang sederhana namun dapat memuatkan barang-barang keperluan seperti telefon bimbit, pemegang kad, kunci, lipstik dan pelembap bibir.

Dengan dekorasi yang mewah dan produk-produk Louis Vuitton di setiap sudut, suasana Aidilfitri di rumah tidak hanya diisi dengan keceriaan tetapi juga dengan kemewahan dan keanggunan yang membuatkan setiap momen lebih istimewa. Dapatkan dekorasi rumah dengan sentuhan elegan dan mewah sempena Hari Raya di laman web www.louisvuitton.com hari ini.

7 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Blossom Vase by Tokujin Yoshioko