10 Teman Lelaki Filem Paling Annoying Dan Red Flag!
Teman Lelaki Filem Paling Annoying

Senarai ‘Teman Lelaki’ Yang Red Flag!

Senarai 10 teman lelaki filem paling annoying, dari toxic hingga clueless, yang buat penonton hilang sabar.

Dunia filem atau drama TV, cinta sering digambarkan sempurna dan berbunga-bunga. Tapi realitinya, banyak watak teman lelaki direka seakan ujian kesabaran hati dan minda! Ada yang cemburu tahap premium, ada yang clueless tahap legenda, dan ada pula yang penuh red flag tetapi masih dianggap “romantik” oleh plot filem, sampai kita pun jatuh letih melihatnya.

Berikut senarai teman lelaki paling annoying yang membuat kita terfikir, is this really the best you can do?

1. Noah Flynn — The Kissing Booth

Kacak, popular, tetapi emosinya macam roller coaster yang tidak diservis. Cemburu tak bertempat, suka mengarah, dan sentiasa buat Elle rasa bersalah. Red flag wrapped in abs.

2. Edward Cullen — Twilight

Mengintai anda tidur setiap malam tanpa consent? Mengawal setiap keputusan hidup anda? Itu bukan misteri romantik, itu security breach.

See also
5 Filem Indonesia Panas Seperti Norma: Antara Mertua Dan Menantu

3. Peter Kavinsky — To All the Boys 2

Dulu boyfriend bahan mimpi. Dalam sekuel, tiba-tiba jadi walking annoyance. Overconfident, cemburu, dan hilang skill komunikasi.

4. Nick Young — Crazy Rich Asians

Teman Lelaki Filem Paling Annoying

Bukan berwatak jahat, cuma helplessly clueless. Tak beritahu Rachel apa-apa, lepas itu biar kekasihnya dilanyak keluarga billionaire. Handsome, but please grow a spine!

5. Mark Darcy — Bridget Jones’s Diary

Charming tapi pendiam tahap menyakitkan jiwa. Banyak drama hubungan mereka bermula sebab Mark tidak tahu explain anything. Soft boy, but too soft.

6. Hardin Scott — After

Teman Lelaki Filem Paling Annoying

Moody, defensif dan penuh drama toksik. Hardin ibarat “projek DIY” yang tak pernah siap-siap. Penat untuk Tessa, penat juga untuk penonton.

7. Harry Burns — When Harry Met Sally

Ikonik tetapi memenatkan. Suka menang hujah dan ambil masa bertahun-tahun untuk luahkan perasaan sendiri.

8. Sebastian — La La Land

Obsesi terhadap jazz lebih penting daripada perhubungan. Dia supportive, selagi impian dia tak terganggu.

See also
Amanda Nell Eu Terima Anugerah Women In Motion Emerging Talent 2024

9. Mr. Big — Sex and the City

Legendary red flag. On, off, disappear, reappear, confuse, repeat. Carrie tak perlukan Big tetapi dia perlukan bendera merah sebesar Times Square.

10. Christian Grey — Fifty Shades of Grey

Dibungkus sebagai romantik, tetapi banyak tindakannya seakan manipulatif. Control freak in a suit.

Artikel Berkaitan: GLAM Weddings: Davika Hoorne Sah Bergelar Isteri Kepada 7 Tahun Teman Lelaki

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.