Sembilan Tahun Terseksa, Amanda Bynes Kini Bebas - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Sembilan Tahun Terseksa, Amanda Bynes Kini Bebas

Sembilan Tahun Terseksa, Amanda Bynes Kini Bebas

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ia turut mendapat sokongan pakar psikiatri yang mendakwa Amanda tidak lagi mempunyai masalah kewaspadaan dan perhatian, maklumat dan pemprosesan, atau keupayaan untuk memodulet perasaan dan kesannya.

Peguam Amanda, David A. Esquibias memandang kes ini sebagai satu contoh konservatori yang berkesan dalam memulihkan seseorang individu.

“Kebanyakan masanya ibu Amanda membenarkannya untuk hidup bebas. Dia tidak pernah mahu hidupnya dikawal di bawah sistem konservatori namun faham mengapa ia dilaksanakan,” kata David.

Tambahnya beberapa tahun kebelakangan ini kehidupan bintang She’s The Man itu lebih stabil dan dia kini menyambung pengajian di Fashion Institute of Design and Merchandising di Los Angeles serta tinggal di apartmen komuniti wanita untuk belajar hidup lebih berdikari.

 

Foto: Papermag

 

Baca: Konservatori 13 Tahun Britney Spears Didalangi Oleh Ibu Sendiri