Use your ← → (arrow) keys to browse
Hanya selepas sebulan menfailkan permohonan, Amanda Bynes kini memperoleh kembali kebebasannya yang diragut hampir sedekad lalu.
Dua hari lalu hakim Mahkamah California memutuskan untuk menamatkan konservatori yang mengawal kehidupan peribadi dan kewangan Amanda sejak 2013.
Bekas bintang Nickelodeon itu diletakkan di bawah konservatori atas perintah mahkamah selepas mempamerkan ketidakstabilan mental dan tingkah laku secara terbuka di tempat awam.
Dia pernah beberapa kali ditahan pihak berkuasa kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, langgar lari, memiliki ganja dan memulakan kebakaran kecil di jalan raya.