Use your ← → (arrow) keys to browse
Tahun ini merupakan kali kedua Hari Merdeka disambut dalam suasana pandemik, namun ia tidak mengurangkan semangat cintakan negara dalam diri rakyat Malaysia.
Begitu juga buat Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memilih untuk menyemarakkan sambutan merdeka dengan cara tersendiri menerusi muziknya.
Penyanyi nombor satu negara ini merakamkan semula dua lagu patriotik popular oleh penyanyi legenda dan penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.