Selena Gomez Kini Bilionaire Ternyata Bukan Kerana Muzik! - Glam Malaysia

Selena Gomez Kini Bilionaire Ternyata Bukan Kerana Muzik!

Selena Gomez, penyanyi, pelakon, dan usahawan kini digelar Billionaire di usia 32 tahun. Ternyata, jenama Rare Beauty adalah lonjakkan kekayaannya!

Selena Gomez meraih kemasyhuran bermula dari awalnya sebagai kanak-kanak berusia 9 tahun dalam rancangan Barney & Friends sebelum meneruskan peluang dengan Disney Channel, dan kemudian memulakan kerjaya muzik. Kini tampil berjaya dengan bisnes solekannya! Menurut Indeks Bilionair Bloomberg, Gomez muncul dalam senarai dengan kekayaan dianggarkan AS$1.3 bilion (RM5.63 bilion). Sebahagian besar kekayaannya datang daripada jenama solekan beliau iaitu Rare Beauty, jenama yang dilancarkan lima tahun lalu dan menjadi kegilaan influencer serta remaja di abad ini! Ditambah lagi dengan kerjasama jenama, tawaran lakonan, dan syarikat startup kesihatan mental miliknya.

Inclusivity, Simplicity & Self-Expression.

rare beauty

Limited Edition Holiday Set

Setersunya, diketahui majoriti keuntunggannya adalah dari Rare Beauty, di mana pelabur utamanya ialah Nikki Eslami dari New Theory Ventures dan CEO Scott Friedman, bekas pemimpin Nyx Cosmetics. Bloomberg menganggarkan Gomez memiliki 51% kepentingan berdasarkan peranannya sebagai pengasas. Pada bulan March, Bloomberg melaporkan Gomez mempertimbangkan untuk menjual Rare Beauty pada nilai AS$2 bilion (RM8.66 bilion), namun dia kemudian menafikan rancangan tersebut. Dilancarkan pada tahun 2020, Rare Beauty menawarkan solekan sederhana pada harga berpatutan. Tahun lalu, jenama ini meraih hasil tahunan AS$350 juta (RM1.5 bilion), mengatasi jenama selebriti lain seperti Honest Co. oleh Jessica Alba dan Haus Labs oleh Lady Gaga.

See also
Ibu Selena Gomez Bersikap Dingin Terhadap Justin Bieber

Produk Rare Beauty Terbaru!

1.Find Comfort Mini Lotion & Fragrance Set (Limited Edition Holiday Set)

rare beauty

Tiada rahsia yang mendalam buat sukses kerjaya Selena Gomez pada produk-produk Rare Beauty yang tampil viral ini! Hanya beliau lebih handal memfokuskan jenamanya dalam aspek keterangkuman, kesederhanaan, dan ekspresi diri. Jenama ini pakar dalam menawarkan produk kecantikan yang berkualiti tinggi dan inovatif, direka untuk menonjolkan kecantikan semulajadi daripada menyembunyikannya. Tahukah anda, Rare Beauty menonjol kerana komitmennya untuk mempromosikan keyakinan diri dan kasih sayang diri melalui penyelesaian kecantikan yang boleh diakses dan berkesan.

rare beauty

2. Selena’s Essential Eye Duo (Limited Edition Holiday Set)

3. True to Myself Tinted Pressed Finishing Powder

rare beauty