Datin X: Selebriti Gersang Mencari Populariti, Perangai Berubah 360! - Glam Malaysia
Selebriti Gersang Mencari Populariti, Perangai Berubah 360!

Datin X: Selebriti Gersang Mencari Populariti, Perangai Berubah 360!

Kerana terkejal mahu menjadi bintang no 1, selebriti gersang mencari populariti ini terjebak dengan kokain dan pelbagai jenis jenama dadah lain diambilnya semata-mata mahu berdampingan dengan yang relevan dalam industri.

Seingat Datin X dulu, dari mula Tanya (bukan nama sebenar) menjadi selebriti dia merupakan seorang gadis yang cute, friendly dan mudah tersenyum. Siapa sahaja sering disapa olehnya tanpa mengira pangkat dan status. Mungkin pada ketika itu Tanya masih setahun jagung dalam industri. Belum ada cacat cela dan pengaruh bukan-bukan yangmampu mengeruhkan reputasi baiknya.

Selebriti Gersang Mencari Populariti yang GLAM maksudkan adalah…

Tanya, seorang wanita genit yang perwatakan manis dan sangat approachable. Datin X tak kelip mata memandang Tanya setiap kali bersua muka dengannya. Cantik dan bijak di kaca TV apatah lagi dalam majalah, cantik juga di alam nyata. Dalam hati Datin X sering terdetik, “Dia boleh pergi jauh jika terus maintan bersikap begini.” Lihat sahaja Siti Nurhaliza, dia dikagumi dan sering mendapat liputan yang baik-baik kerana dia bijak mengekalkan imej baik dan kerana itu,dia dihormati sejak dari mula pembabitannya dalam bidang seni sehinggalah ke hari ini.

Dia lupakah status asal dan siapa yang membantu kepada kejayaannya yang sekarang?

Semuanya terpulang kepada rezeki dan takdir. Ada yang masih diangkat dan dihormati dan ada pula yang berlalu pergi seperti angin lantas dilupakan dan menghilang dari radar. Bijak memainkan peranan dalam industri sangat memberi impak untuk selebriti Malaysia ‘hidup lama’ dalam industri dan kekal relevan. Pada Datin X, Tanya seorang yang cerdik pandai. Kata-kata yang keluar dari bibirnya mampu membuktikan dia “Not Just a Pretty Face Celebrity”. Dia punya akal dan pertuturannya kemas dijaga. Nah, itu alasan Datin X melabel dia sebagai seorang yang punya ‘sesuatu’ dan boleh berjaya.

See also
Datin X: Suami Gay Anak Pun Gay

Pautan berkaitan: Datin X: Social Climber Tersalah Sondol

Saban tahun, dia menjadi kegemaran jenama mewah, dada majalah, pengarah filem dan juga produser yang dahagakan bakat yang dimilikinya. Makin lama dia makin bijak ‘buat duit’. Bukan sahaja Datin X, ramailagi terpegun dengan bakat dan bagaimanadia membawa diri ke puncak yang lebih tinggi. Desas desus mengatakan, dia mampu ke mana sahaja untuk ‘adjust’ wajah,melangsingkan tubuh atau mengempiskanperutnya.

Setiap kali melihatnya muncul di mana-mana, ramai mula suspek dia melakukan pembedahan kerana perubahan pada wajahnya agak ketara sehingga ramai yang dapat melihat perbezaannya dengan mata kasar!

Sekarang? Mahu senyum pun susah! Wajah high-fashion dan ‘atas’ tambah kelat sahaja yang terpancar. Lemparan senyuman manis hanya pada mereka yang berpengaruhdan terkenal. Ada masa Tanya cuba bersikap friendly dan humble tetapi body language yang tak keruan itu sudah boleh dibaca. Sejauh mana dia cuba menyembunyikan,hatinya sudah hitam dengan duniawi dan populariti. Wajah annoyed sering kali terpancar dan ini membuat ramai tidak selesa dan mula menjauh langsung mengutuk perangai buruknya itu. Datin X tak faham sikap yang satu ini, cepat sangat reaksi bongkak ditunjukkan pada umum dan juga selebriti lain. Dia lupakah status asal dan siapa yang membantu kepada kejayaannya yang sekarang?

See also
Datin X: Affair Dengan Adik Ipar Sendiri

Artikel sepenuhnya di dalam

atau

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa