Use your ← → (arrow) keys to browse
Foto perkahwinan pelakon dan model tanah air yang mencipta nama di negara seberang itu mula tular di media sosial sejak semalam.
Menerusi beberapa perkongsian, pasangan itu kelihatan sama cantik sama padan dalam busana tradisional Betawi.
Bintang Rasuk itu tampil segak dalam sut moden tradisional gabungan rona hitam dan merah rekaan Brutus Rumah Mode manakala isterinya anggun dalam kebaya putih yang dipadankan bersama vel sedondon dan sarung batik.