Use your ← → (arrow) keys to browse
Sudah tentu, tiga upacara bermakna Jennifer perlu menyarung tiga busana dengan rekaan berbeza. Namun yang paling mencuri tumpuan adalah gaun perkahwinan bespoke ivory A-lineVera Wang Haute yang disarungnya pada majlis resepsi kecil.
Ia cukup anggun dengan sentuhan renda macrame Perancis jahitan tangan di bahagian depan dan lengan yang bersambung terus ke skirt tulle Itali yang dilapisi bunga delphinium hibrid putih.
Jennifer tampil minimal dan segar dengan solekan tipis, gaya dandanan ringkas dan sekadar anting-anting sebagai penyeri. Dia melengkapkan gaya ratu sehari dengan kasut tumit tinggi Aquazzura.