Use your ← → (arrow) keys to browse
Sempena hari bahagianya, Paris tampil bagaikan bidadari dalam persalinan serba putih dengan hiasan renda klasik rekaan jenama tersohor, Oscar de la Renta.
“Kami menghabiskan masa berbulan-bulan dengan pereka Oscar de la Renta, Fernando Garcia dan Laura Kim untuk memastikan gaun perkahwinan saya sempurna. Saya mahukan sesuatu yang abadi, elegan, chic dan ikonik. Saya jatuh cinta dengan hasilnya, ujarnya.
Wajah Paris mendapat sentuhan jurusolek Steven Tabimba manakala dandanan pula oleh Eduardo Poce. Padanan aksesorinya dipilih oleh penata gayanya sendiri, Sammy K.