Sejenak Bersama Tiffany Chng and Olivia Yiong, Pengasas Bersama Butter. - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

Sejenak Bersama Tiffany Chng and Olivia Yiong, Pengasas Bersama Butter.

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah inspirasi di sebalik nama Butter?

Kami mahukan nama dengan 1 perkataan, yang bergulung lidah kala menyebut yang mana dapat menampilkan persona jenama yang sassy dan sedikit berbeza. Kami juga seorang pemakan (foodie) jadi bermula dengan bermain-main dengan nama jenis makanan namun apabila kami berdua menyebut butter, kami serta-merta tahu ia adalah nama paling sesuai untuk jenama ini! Bahan yang dipiih bagi menghasilkan koleksi BaseCore dan BaseFlex juga terkenal dengan efek licin dan lembut bak mentega.

“Saya memilih BaseFlex kerana saya gemerkan fabrik yang lebih lembut sekaligus menyerlahkan bentuk tubuh saya.” – Tiffany Chng

Sejenak Bersama Tiffany Chng and Olivia Yiong, Pengasas Bersama Butter
BaseCore adalah kegemaran saya! Saya suka pemampatan dan bagaimana ia mengikut bentuk badan dan membuat saya berasa yang terbaik apabila bersenam.” – Olivia Yiong

Apakah inspirasi dan motivasi anda berdua kala menubuhkan jenama ini?

Semasa lockdown, kami masih tetap bersenam beberapa kali sehari untuk memastikan tubuh sentiasa sihat walaupun terperangkap di rumah. Pada masa yang sama, kami juga banyak berbelanja masa (dan wang) membeli-belah dalam talian untuk pakaian aktif yang akan menyokong rutin kecergasan kami. Kami mendapati hampir mustahil untuk mencari jenama yang memenuhi saiz kami yang genit, reka bentuk yang bergaya dan harga yang berpatutan. Jadi, kami memutuskan untuk menciptanya sendiri dan mahu menyediakan satu pilihan di mana wanita di Asia boleh berasa bertenaga, yakin dan bergaya kala menggayakannya!

See also
GLAM 101: Fesyen Aktif

Pendapat anda, apa yang akan mengejutkan penggemar sukan apabila merasai sendiri koleksi pakaian aktif Butter?

The fit! Reka bentuk yang kami hasilkan benar-benar memenuhi saiz wanita Asia dan membuatkan anda berasa sculpted dan sentiasa menyokong aset pada masa yang sama.

Sejenak Bersama Tiffany Chng and Olivia Yiong, Pengasas Bersama Butter

Apakah feedback terbaik yang pernah anda terima?

Apabila seorang pengajar yang merupakan peminat setia jenama pakaian aktif dari Kanada yang terkenal menulis mengenai Classic Biker Shorts adalah seluar terbaik yang pernah dicubanya. Itu adalah satu perasaan yang tidak boleh digambarkan melalui kata-kata.

Bagaimana Butter bereksperimen dengan fabrik?

Kami sentiasa bermula dengan mengapa dan tujuan utama sesuatu fabrik itu dipilih. Sebagai contoh, jika ia sesuai untuk aktiviti berintensiti tinggi, bagaimana untuk terus meningkatkan sifat menyekat peluh dan membuat si pemakai sentiasa berasa selesa sepanjang pemakaian.

Bagaimanakah anda menetapkan matlamat untuk jenama ini?

Kami sentiasa bertanya kepada diri sendiri kepada dua perkara yakni yang pertama, bagaimana kami boleh mengembangkan rangkaian produk kami dan yang kedua bagaimana kami boleh mendekati lebih ramai pembeli. Pada permulaan setiap tahun, kami akan menetapkan matlamat untuk tahun tersebut dan kemudian memecahkannya kepada sasaran suku tahunan dan bulanan untuk memastikan perniagaan kami bergerak ke arah yang kami mahukan.

See also
Melissa Joan Hart Dedah Dirinya Positif Covid-19 Selepas Lengkap Dos Vaksin

Pernahkah anda terfikir untuk mencipta rekaan Muslim-friendly? Dan sebarang perancangan untuk melanjutkan pasaran Butter di Malaysia?

Ia sememangnya antara insiatif akan datang yang ingin kami terokai! Dan semestinya, Ya! Kami berharap dapat mengembangkan saluran pengedaran dalam talian dan luar talian kami dan berhubung rapat dengan lebih ramai peminat kami di Malaysia.

Sejenak Bersama Tiffany Chng and Olivia Yiong, Pengasas Bersama Butter

Apa ada pada Asian Fit dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada wanita Asia?

Kami percaya bahawa semua wanita mempunyai bentuk badan, jenis badan dan keutamaan yang berbeza. Di kawasan dunia ini, kami mendapati bahawa wanita Asia cenderung mempunyai nisbah pinggang ke pinggul yang lebih kecil dan mungkin lebih pendek ketinggiannya yang boleh mengakibatkan pakaian tidak dipakai dengan begitu baik. Kami ingin menyediakan wanita dengan pilihan untuk pakaian aktif yang sesuai dan membuatkan mereka berasa diberi kuasa dan terpahat sepanjang mereka bersenam.