Use your ← → (arrow) keys to browse
Ellen Franke – satu-satunya wanita yang memegang jawatan Pengurus Besar di dalam bidang penghotelan di Malaysia. Ellen Franke bercerita tentang cintanya pada bidang hospitaliti yang juga impiannya sejak berusia 13 tahun lagi. Ikuti Up Close & Personal bersama Ellen Franke.
Apakah perubahan terbesar yang anda lihat dan bawa sebaik mengambil alih jawatan sebagai Pengurus Besar, The Ritz-Carlton, Langkawi?
Perubahan terbesar ialah peningkatan dan kemajuanhya kerana apabila anda memperkenal Hotel baru yang sudah tersedia cantik, tanggungjawab saya di The Ritz-Carlton, Langkawi adalah membawa aspek tambahan seperti pengalaman atau sentuhan peribadi kepada konsep bakat yang kami bawa di mana di sini kami mencipta koktel terbaik dan tahun demi tahun kami diperkenalkan dengan The Ladies & Gentlemen yang berbakat besar. Kadang-kadang kita tidak tahu mereka yang hebat ini wujud, sehingga kita sendiri menemuinya. Itu antra satu perubahan terbesar. Salah satu moto utama kami adalah menjadi personalized dan itu antara sebab tetamu yang datang mengenali The Ladies & Gentlemen kami. Untuk sama-sama memainkan peranan dalam mencipta pengalaman peribadi bersama tetamu, kami menjadi rapat dan kekal berhubung dengan tetamu.