Use your ← → (arrow) keys to browse
Namun Neelofa memilih untuk mengunci mulut sehinggalah dua hari lalu apabila dia akhirnya mengulas sendiri berita kehamilannya kala menghadiri program penyerahan Bakul Kasih Prihatin Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Kasih Neelofa.
Enggan menafi atau mengiyakan spekulasi yang tersebar, pengacara itu memilih jawapan selamat atas alasan yang kukuh dan meminta agar didoakan yang terbaik buat dirinya.
“Soalan tentang kehamilan adalah sensitif dan biasanya orang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menjawab. Bagi saya, katakanlah desas-desus itu betul atau tidak, saya akan menunggu masa yang terbaik untuk kongsikannya kepada semua.”