Use your ← → (arrow) keys to browse
“Selepas berbincang dengan pakar perubatan, saya perlu mengambil sedikit masa untuk pulih serta menjaga kesihatan diri dan mental, itu paling utama.
“Saya berjanji akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Saya sayangkan anda semua,” tulisnya.
Pelantun Senorita itu memulakan Wonder: The World Tour pada 27 Jun lalu dan dijangka berakhir pada bulan Ogos 2023. Dia dijadualkan membuat persembahan di 87 lokasi di Amerika Utara dan Eropah.
April lalu dia memberi petunjuk mengenai tahap kesihatan mentalnya menerusi satu ciapan di Twitter dengan mendedahkan bahawa dia berasa “overwhelmed and overstimulated”.