Use your ← → (arrow) keys to browse
Pelantun lagu Sabotage itu lantang bersuara mengenai imej dan positiviti tubuh sejak bertahun-tahun. Dua tahun lalu dia berkongsi foto dirinya menyarung bikini berserta kapsyen, “Inilah rupa wanita sebenar di Instagram tanpa sentuhan Photoshop.”
Awal tahun 2019, Bebe mendedahkan beberapa pereka fesyen enggan menghasilkan pakaian untuk dipakainya ke Anugerah Grammy kerana dia bersaiz 6 hingga 8.
Julai lalu, dia menjadi tular di TikTok kerana memuat naik satu video mempromosikan koleksi kapsul pakaian dalam hasil kolaborasinya dengan jenama Adore Me yang merangkumi pelbagai saiz.
Jelasnya di ruangan kapsyen, berat badannya bukanlah urusan sesiapa. “Marilah menormalkan 75 kilogram,” tulisnya.