“Satu Keajaiban Saya Masih Hidup” - FKA Twigs Kongsi Butir Penderaan - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
“Satu Keajaiban Saya Masih Hidup” - FKA Twigs Kongsi Butir Penderaan

“Satu Keajaiban Saya Masih Hidup” – FKA Twigs Kongsi Butir Penderaan

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasangan ini bertemu pada 2018 di set penggambaran Honey Boy, filem semi auto-biografi mengenai zaman kanak-kanak LaBeouf yang bermasalah serta pergelutannya dengan gangguan stres pascatrauma (PTSD) dan ketagihan.

Twigs menambah, dia mencuba untuk meninggalkan pelakon itu selepas Hari Kekasih 2019, namun berlaku satu kejadian trauma yang turut dibentangkannya dalam saman tersebut.

Jelasnya, dia dicekik ketika sedang tidur kemudian tubuhnya ditolak ke lantai. Keesokan hari sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya, LaBeouf dengan sengaja memandu secara berbahaya dan mengancam akan merempuh kenderaan lain jika dia tidak mengakui rasa cintanya terhadap pelakon itu.

“Saya terfikir, ‘Apa akan terjadi pada tubuh saya jika kereta kami terbabas pada kelajuan 80 batu/jam?’ Saya mencari tanda beg udara namun tidak kelihatan, lalu saya terfikir, ‘Jika tiada beg udara, adakah serpihan kereta ini akan menghancurkan tudang dada saya jika berlaku kemalangan?’”

Dengan bantuan pakar terapi, dia akhirnya berjaya memutuskan perhubungan tersebut buat selamanya pada Mei 2019, beberapa hari sebelum kembara jelajahnya, Magdalene bermula.

See also
Tiga Laporan Trend Fesyen koleksi musim bunga/panas 2023

fka twigs shia lebeouf
Foto: Dave Benett/Valerie Macon/Getty Images

Foto: Ruth Ossai/Elle

Baca: Amber Heard Bersuara Menentang Penderaan Wanita