“Satu Keajaiban Saya Masih Hidup” - FKA Twigs Kongsi Butir Penderaan - Glam Malaysia
“Satu Keajaiban Saya Masih Hidup” - FKA Twigs Kongsi Butir Penderaan

“Satu Keajaiban Saya Masih Hidup” – FKA Twigs Kongsi Butir Penderaan

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dua bulan lalu dunia Hollywood gempar dengan berita penderaan emosi dan fizikal yang dilakukan oleh Shia LaBeouf terhadap bekas kekasihnya, FKA Twigs.

Dan kini Twigs atau nama sebenarnya Tahliah Debrett Barnett mendedahkan butiran terperinci dalam satu wawancara terbaharu. Dia berkata, terselamat daripada perhubungan tersebut adalah satu keajaiban.

“Sejujurnya saya berharap dapat mengatakan bahawa saya menemui kekuatan dan melihat jalan keluar. Saya berharap dapat mengatakan, ‘Ini datang daripada karakter saya yang kuat’ atau ‘Begini cara ibu membesarkan saya.’ Namun ia bukan seperti itu. Saya terlepas daripada situasi itu disebabkan tuah semata-mata,” katanya kepada Elle.

Penyanyi Cellophane ini menghuraikan karakter bekas teman lelakinya sebagai ‘berkira, sistematik, rumit dan kompleks’. Tidak terkira betapa banyaknya manipulasi, penderaan emosi, sikap melampaui batas, mengawal, serta kecederaan psikologi yang dialaminya sepanjang bergelar teman wanita kepada pelakon Honey Boy itu.

“Jika anda meletak seekor katak ke dalam air panas mendidih, ia pasti akan terus melompat keluar. Namun jika anda meletaknya di dalam periuk berisi air sejuk kemudian merenehnya perlahan-perlahan, katak itu akan mati. Begitulah perhubungan saya dengan LaBeouf.”

See also
Wajah Baru Mandarin Grill

Penyanyi British berusia 33 tahun itu menfailkan saman pada Disember tahun lalu, mendakwa LaBeouf melalukan penderaan emosi dan fizikal secara berterusan terhadapnya.

fka twigs shia labeouf
Foto: David Becker/GC Images