Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas The 355 dan Fresh, Sebastian Stan bakal muncul dalam satu filem terbaharu terbitan A24, A Different Man.
Sebastian akan menggalas peranan sebagai Edward, penghidap neurofibromatosis yang menjalani pembedahan rekonstruktif wajah sebelum menjadi taksub dengan dengan aktor yang melakonkan wataknya dalam sebuah pementasan yang diadaptasi daripada kisah hidupnya.
Selain menerajui sebagai watak utama, Sebastian turut bertindak sebagai penerbit eksekutif di samping penerbit Christine Vachon, Gabriel Mayers dan Vanessa McDonnell.
Filem arahan Aaron Schimberg ini akan turut dibintangi oleh pelakon The Worst Person In The World, Renate Reinsve serta aktor dan pengacara Inggeris, Adam Pearson yang menghidap neurofibromatosis sejak remaja.