Samujana Destinasi Mewah Terakhir White Lotus Di Koh Samui
Samujana, destinasi mewah yang menjanjikan pengalaman yang menyegarkan dan tenang. Percutian Wellness Retreat ini terletak di Koh Samui, Thailand sesuai untuk setiap lapisan individu.

Di sinilah destinasi yang sesuai untuk anda tinggalkan kenangan yang anda cipta bersama-sama. Di Samujana, anda diraikan seperti menyambut keluarga berbilang generasi. Koh Samui kaya dengan budaya dan keindahan semula jadi dan Vila Samujana berada berdekatan dengan pantai terbaik Koh Samui, mudah mencari makanan dan budaya. Habiskan hari-hari santai di Pantai Choeng Mon atau Chaweng, jelajahi pasar malam Fisherman’s Village atau belayar ke Taman Marin Ang Thong yang menakjubkan. Temui air terjun tersembunyi seperti Na Mueang atau Hin Lad dan lawati mercu tanda suci termasuk Wat Plai Laem dan Big Buddha. Sama ada anda mendambakan pengembaraan, budaya atau hanya masa di tepi laut, Samujana adalah pangkalan yang sempurna untuk mengalami semuanya.

Yang Menarik di Vila Samujana
Setiap vila lima bintang di Samujana direka untuk privasi dan keselesaan. Turut menyediakan kolam infiniti, seni bina kontemporari, panggung wayang peribadi, taman yang tenang dan pemandangan laut panoramik. Sama ada percutian keluarga, secara berpasangan atau solo, habiskan petang yang panjang di tepian kolam, manjakan diri dengan rawatan spa, masakan berkhasiat atau yoga ketika matahari terbit. Semuanya disesuaikan mengikut keselesaan anda.

Temui keseimbangan anda dalam privasi vila anda dengan rutin yoga, meditasi, penyembuhan tenaga secara mendalam. Sama ada anda ingin menetap semula, mengecas semula atau hanya menikmati ketenangan, Samujana mewujudkan ruang untuk minda dan badan anda benar-benar berehat. Daripada yoga matahari terbit di balkoni anda kepada urutan Thai, Reiki, Retreat Spa dan meditasi, setiap butiran penginapan anda direka untuk mencerminkan keindahan persekitaran anda.

Di Koh Samui, makan bukan sekadar tentang makanan, ia tentang pengalaman dan cita rasa, suasana serta detik-detik yang dikongsi bersama. Jika ingin menjamu secara peribadi di vila, chef peribadi di Samujana boleh menyediakan segala-galanya daripada hidangan Thai tulen kepada menu kesihatan yang disesuaikan, semuanya dalam keselesaan vila anda.

Di Samujana, vila kami lebih daripada tempat untuk menginap. Ia adalah rumah untuk pengalaman berkongsi, ketawa dan kenangan yang kekal seumur hidup. Dengan saiz vila 3 hingga 8 bilik tidur yang luas, anda boleh memilih untuk berundur dalam kemewahan peribadi atau keluar untuk meneroka khazanah tersembunyi Koh Samui.
PERKHIDMATAN PENJAGAAN ANAK

Kami bekerjasama dengan Pusat Latihan Pengasuh Terkemuka Thailand, yang ditubuhkan pada tahun 1997 dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Diraja Thailand. Semua pengasuh menjalani 420 Jam latihan intensif dan dwibahasa dalam Bahasa Thailan dan Bahasa Inggeris. Kini kita semua tahu bahawa Four Seasons dan Anantara adalah dua daripada hotel yang digunakan sebagai latar belakang untuk The White Lotus tetapi tahukah anda bahawa Samujana juga dipilih sebagai salah satu lokasi penggambaran hotel. Samujana adalah satu-satunya hotel Three Michelin Key di Koh Samui.

Artikel berkaitan GBC Love Wellness: 5 Destinasi Percutian Wellness Mewah di Malaysia
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

