Samsung Salon d'AI : Dunia Komunikasi Baharu Bersama Galaxy AI

Samsung Salon d’AI : Dunia Komunikasi Baharu Bersama Galaxy AI

GLAM berpeluang menyertai forum media global di Samsung Salon d’AI, membincangkan kepentingan memperluaskan akses peranti AI kepada pengguna hari ini.

Mengambil tempat di 3 Mazarium, Paris, sehari selepas pelancaran global Galaxy Unpacked 2024, Samsung menganjurkan forum media Salon d’AI berdiskusi tentang kepentingan masa hadapan AI di dalam ekosistem teknologi hari ini. Membariskan barisan panel daripada pakar pelbagai industri gah seperti Google, Qualcomm Technologies, Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) dan ramai lagi. Lebih daripada 300 orang tetamu dan media memenuhi ruang auditorium mendengar cerapan istimewa yang dibentangkan oleh para panel.

Saat teknologi AI hari ini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita, sebenarnya adalah amat penting buat Samsung memahami perasaan masyarakat dalam penerimaan teknologi ini. Samsung bersama-sama syarikat kolaborasi dalam industri ingin memastikan AI memberi impak positif baik buat jangka pendek atau juga jangka panjang sejajar dengan keperluan masyarakat hari ini. Bukan itu sahaja, persepsi dan tanggapan terhadap AI hari ini adalah pelbagai. Ada yang melihatnya sebagai alat yang memudahkan dan meningkatkan produktiviti, manakala yang lain mungkin lebih bimbang akan perihal privasi, kehilangan pekerjaan juga impak etika. Dengan memahami pandangan ini, kajian dan diskusi ini boleh menentukan di mana perubahan dan penambahbaikan perlu dibuat.

Samsung telah menjalankan tinjauan terhadap 5,000 responden berumur 18 tahun ke atas dari Perancis, Jerman, Korea, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada Jun 2024. 1000 responden dari setiap pasaran telah dipilih untuk memberi gambaran yang seluas mungkin tentang pandangan mereka terhadap teknologi ini. Para responden ini dinilai berdasarkan pemahaman mereka tentang hubungan kualiti kehidupan dan penggunaan AI secara rela menerusi aspek kreativiti, produktiviti, hubungan sosial juga kesihatan fizikal.

See also
Nicol David, Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Salon d'AI

Salon d’AI

Berdasarkan kajian Samsung bersama kumpulan penyelidik dan pakar AI terkemuka Symmetry, Goldsmiths, University of London, Dr. Chris Brauer, dan ramai lagi, laporan menunjukkan majoriti masyarakat amat teruja dengan potensi yang ditunjukkan AI mudah alih, dengan pelbagai laporan tambahan menyatakan mereka akan menyokong teknologi ini di era masa hadapan yang lebih maju. Bukan itu sahaja, penggunaan AI untuk fungsi menterjemah  dan berkomunikasi dengan orang berlainan bahasa telah dikenal pasti sebagai ciri AI paling banyak digunakan. Responden dari Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat menyatakan itu adalah aplikasi utama mereka. Manakala responden dari Perancis dan Korea umumnya bersetuju dan menyatakan ia adalah aplikasi AI yang kedua paling banyak digunakan di negara mereka.

Boleh dikatakan, penerimaan baik terhadap AI mudah alih ini dapat dilihat dikalangan generasi dan pengguna hari ini. Lebih daripada 52 peratus berpendapat bahawa mereka menyokong dan akan terus menggunakan teknologi ini seiring dengan era maju dan moden. Manakala 46 peratus berkongsi mereka hanya menggunakan AI mudah alih pada telefon pintar. 32 peratus berpendapat hanya akan menggunakan teknologi ini pada komputer peribadi.

Salon d'AI

Won-Joon Choi

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pejabat R&D Mudah Alih, Mobile eXperience Business, Samsung Electronics, Won-Joon Choi berkongsi,

“Pengguna kami kini sedang mendalami manfaat yang pelbagai daripada Galaxy AI, yang diinovasikan untuk memberikan pengalaman AI mudah alih berpusat pada manusia secara sepenuhnya… dan itu baru permulaan. Dalam masa beberapa bulan sahaja, kami kemudian telah mewujudkan demokrasi Galaxy AI, memperluas akses kepada lebih banyak model. Ini merupakan pencapaian yang hanya mungkin melalui kerjasama rapat dengan rakan industri kami dan pendekatan hibrid AI kami yang tersendiri untuk memberikan pengalaman AI mudah alih yang paling praktikal, boleh dipercayai dan serbaguna kepada pengguna kami. Pengalaman ini berpotensi untuk mengubah kehidupan.”

See also
Ini Jam Tangan Paling Ideal Di Bulan Ramadan

Samsung Salon d’AI : Inovasi AI Mudah Alih Dapat Dipertingkatkan dengan Lebih Banyak Kolaborasi Terbuka

Untuk menikmati pengalaman AI secara menyeluruh, ianya hanya akan berkesan sekiranya lebih ramai pihak bersedia dan lebih terbuka untuk bekerjasama bersama syarikat lain di dalam industri. Seperti kata Don McGuire, Ketua Pegawai Pemasaran Qualcomm, juga panelis forum ini berkongsi,

“Kenyataannya, tanpa peranti mudah alih canggih daripada rakan kongsi seperti Samsung, keupayaan platform bertaraf dunia kami akan tidak digunakan sepenuhnya. Seperti Samsung, kami mempunyai pandangan yang jelas untuk masa depan dan banyak penyelidikan yang kami bincangkan hari ini adalah yang mendorong kami ke hadapan.”

Manakala panel Jenny Blackburn, Naib Presiden Pengalaman Pengguna untuk Gemini Experinces dan Google Assistant di Google, berkongsi tentang kejayaan ciri AI, Circle To Search, di dalam peranti Samsung,

“Pelancaran Circle to Search bersama siri Galaxy S24 merupakan contoh terbaik kerjasama antara Google dan Samsung.”

Tambahnya lagi, “Kami mengambil sedikit masa untuk menyelaraskan cara kami dalam memperkenalkan ciri tersebut. Ini adalah untuk mencipta sesuatu yang memberi fungsi kepada semua orang merentas peranti yang berbeza dalam apa jua situasi.”

Walaupun, Samsung kini mengambil langkah berhati-hati dalam membangunkan model AI generatifnya sendiri, syarikat ini akan terus dan tetap berinovasi dan membuka peluang kerjasama demi mencapai gol dalam membina AI berpusatkan manusia.

See also
Kate Middleton Beri Penghormatan Istimewa Buat Ratu Elizabeth Di Konsert Krismas Diraja

Menguatkan lagi Keselamatan dan Privasi AI

Penggunaan teknologi AI amat luas ada keprihatin terbangkit apabila membicarakan tentang keselamatan namun Samsung sudah menyedari dan dari semasa ke semasa memantau tentang isu ini.

“Kita perlukan peraturan yang boleh disesuaikan seiring perkembangan AI. Kajian dan pemantauan secara berterusan seperti yang disediakan oleh Pengawas Dasar OECD.AI akan memastikan keputusan yang diambil penuh berinformasi dan membantu pembuat dasar untuk ikut selaras perkembangan ini. Kami bekerjasama secara langsung dengan pemimpin dalam kerajaan dan syarikat teknologi utama. Samsung berada pada kedudukan yang baik untuk mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan mengenai amalan terbaik AI yang mendorong ke arah AI yang berpusat pada manusia, selamat, aman, dan boleh dipercayai,” kata Lucia Russo, Ekonomis dan Analis Dasar dalam unit Kecerdasan Buatan (AI), Bahagian Dasar Ekonomi Digital OECD, yang juga merupakan panelis forum Salon d’AI ini.

Salon d'AI

Daehyun Kim

Daehyun Kim, Naib Presiden Eksekutif Pusat AI Global Penyelidikan Samsung di Samsung Electronics,

“Tanggungjawab kami sebagai peneraju AI mudah alih adalah untuk bekerjasama rapat dengan pemimpin industri untuk membina AI yang membawa impak positif kepada masyarakat. Di Samsung, kami memahami pengguna kami. Apa yang mereka mahu dan bagaimana mereka berkelakuan. Cerapan itulah yang membolehkan kami mencipta AI mudah alih yang benar-benar mengutamakan manusia, di samping melindungi hak privasi pengguna. Dalam era masa kini, ini adalah kebimbangan utama kami kerana dalam zaman hiperhubungan ini, privasi adalah lebih penting daripada segala-galanya.”