Samsung Pupuk Semangat Dengan ‘Solve for Tomorrow’ 2024
Samsung mengumumkan pertandingan ‘Solve For Tomorrow’ 2024 khas buat pelajar Tingkatan 1 dan 3 untuk mempamerkan kemahiran STEM. Bagi mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan mencurahkan idea cemerlang terhadap isu isu Di Malaysia.
Edisi ke-6 ini, inisiatif “Start with Can” mengajak pelajar Malaysia berumur 13 hingga 15 tahun untuk bertanding dalam mengenal pasti masalah di Malaysia dan mencipta penyelesaian inovatif menggunakan kuasa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Dengan peluang memenangi hadiah sehingga RM80,000 dalam bentuk teknologi dan bekalan kelas, program ini merupakan usaha kolaboratif antara Samsung Malaysia dan Universiti Malaya. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kemahiran awal dalam STEM, selaras dengan visi negara untuk membina kumpulan bakat STEM yang berkembang maju bagi masa depan dalam pekerjaan.
Samsung Solve for Tommorow “Start With Can 2024”
Seterusnya, Dato’ Roh Jae Yeol, pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia, menekankan bahawa Generasi Alfa, yang celik teknologi, mampu meneroka inovasi sesuai dengan permintaan masa depan seperti kecerdasan buatan dan IoT. Samsung Solve for Tomorrow (SFT) bukan sekadar pertandingan, tetapi pemangkin yang memperkukuhkan remaja Malaysia untuk merealisasikan idea inovatif mereka menjadi penyelesaian nyata untuk masa hadapan.
Ir. Dr. Mas Sahidayana Mokhtar dari Universiti Malaya menekankan komitmen untuk memupuk pendidikan STEM awal bagi pembangunan ekonomi. Pertandingan Samsung SFT 2024 memberi peluang kepada pelajar untuk menangani isu-isu dunia nyata dengan prinsip STEM. Penyertaan dinilai berdasarkan kreativiti, kebolehlaksanaan, dan aplikasi STEM. Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara untuk mempamerkan idea inovatif mereka dengan menangani masalah dunia sebenar menggunakan prinsip-prinsip STEM dalam penulisan 800 perkataan.10 pasukan terbaik akan mara ke peringkat seterusnya, dan pemenang akan diumumkan pada Oktober 2024.
Akhir kata, penyertaan yang terpilih untuk pertandingan Samsung SFT 2024 akan diumumkan di laman web program pada Oktober 2024. Peserta yang terpilih akan menerima bimbingan dan panduan untuk memperhalusi idea dan membangunkan prototaip di Bengkel Design to Win. Pemenang akan ditentukan melalui proses pitching pada Disember 2024 dengan hadiah-hadiah berikut:
Pertama: RM28,000
Kedua: RM24,000
Ketiga: RM19,000
Keempat: RM6,000
Kelima: RM3,000
Pendaftaran untuk pertandingan dibuka hingga 16 September 2024. Nantikan maklumat terkini dengan mengikuti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok rasmi Samsung Malaysia. Anda juga boleh menonton pembentangan yang berjaya daripada pemenang-pemenang tahun 2023 di SFT – Pemenang-Pemenang | Samsung Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai SFT 2024, sila layari https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/2024.