Samsung Lancar Galaxy Z Fold6, Z Flip 6 dan Buds3, Kuasa Galaxy AI Berganda
Galaxy AI

Samsung Lancar Galaxy Z Fold6, Z Flip 6 dan Buds3, Kuasa Galaxy AI Berganda

Memperkenalkan Galaxy AI, teknologi inovasi unik dipersembahkan bersama pelancaran terkini, Samsung Galaxy Z Fold6, Z Flip6 serta siri Galaxy Buds3. 

Samsung Electronics Co., Ltd. minggu lalu mengumumkan pelancaran terbaharu Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6 berserta Galaxy Buds3 Pro di acara Galaxy Unpacked yang mengambil tempat di Kota Paris. GLAM berpeluang terbang ke kota romantik ini untuk mendekati setiap produk ini.

Seperti yang kita semua tahu, awal tahun ini, Samsung sudahpun mula mengambil langkah dengan melancarkan Galaxy AI pada setiap siri Galaxy terdahulu, dan kini bersama pelancaran siri Galaxy Z terbaharu, Samsung tampil lebih gah dengan inovasi yang dinaiktaraf bersama teknologu Galaxy AI yang lebih versatil dan fleksibel dicipta secara unik dan memberi pelbagai pengalaman mobil yang hebat.

“Sejarah panjang dalam inovasi Samsung telah membolehkan kami menjadi peneraju dalam dunia peranti mudah alih, mencipta faktor bentuk foldable dan kemudian memulakan era AI. Kini, kami teruja untuk menggabungkan kedua-dua teknologi pelengkap ini dan membuka kunci kemungkinan baharu untuk pengguna di seluruh dunia. Peranti lipat kami memenuhi keperluan unik setiap pengguna dan kini pula dipertingkatkan dengan kuasa Galaxy AI, Samsung memberikan pengalaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Pengalaman Mudah Alih di Samsung Electronics.

Berita gembira buat peminat peranti foldables, Samsung kembali dengan inovasi terbaru di mana mereka melancarkan siri Galaxy Z yang paling nipis dan ringan berbanding siri sebelum ini. Galaxy Z Fold6 terbaru menawarkan rekaan simetri sempurna memberikan estetika yang moden dan anggun. Nisbah skrin hadapan yang diperbaharui pula menyediakan pengalaman tontonan yang lebih semula jadi, meningkatkan kegunaan dan keselesaan pengguna.

Penambahbaikan utama dalam siri Galaxy Z terbaru tertumpu kepada ketahanan dan penambahbaikan rekaan. Struktur engsel rel berkembar kini diperkuatkan dengan tepi lipat yang diperkukuhkan, berfungsi untuk mengagihkan kejutan daripada hentakan luaran dengan lebih berkesan. Inovasi ini dilengkapkan dengan lapisan-lapisan yang ditingkatkan pada skrin utama, yang membantu mengurangkan kesan lipatan sambil mengekalkan kekuatan skrin. Selain itu, siri terbaru Galaxy Z ini turut dilengkapi dengan Armor Aluminum yang telah dipertingkatkan bersama Corning® Gorilla® Glass Victus® 2, menjadikannya ia sebuah siri yang paling tahan lasak setakat ini.

Selain daripada kebolehpercayaan, setiap elemen dalam siri Galaxy Z juga memiliki kuasa yang luar biasa. Kedua-dua Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 dilengkapi dengan Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform untuk Galaxy, pemproses mudah alih Snapdragon yang paling maju setakat ini, menggabungkan prestasi CPU, GPU, dan NPU yang terbaik dalam kelasnya. Pemproses ini dioptimumkan untuk pemprosesan AI dan menawarkan grafik yang dipertingkatkan serta prestasi keseluruhan yang lebih baik.

Sistem penyejukan yang dinaik taraf memaksimumkan prestasi dengan kebuk wap yang lebih besar pada Galaxy Z Fold6 dan, buat pertama kalinya, kebuk wap pada Galaxy Z Flip. Kombinasi teknologi terkini ini menjadikan siri Galaxy Z sebagai peranti yang bukan sahaja boleh diandalkan tetapi juga sangat berkuasa, memberikan pengalaman pengguna yang tiada tandingan dalam dunia telefon pintar.

Samsung Galaxy Z Fold6, Cukup Versatil Dengan Galaxy AI

Galaxy Z Fold6 menawarkan pelbagai ciri berkuasa AI yang memaksimumkan skrin besar langsung meningkatkan produktiviti dengan lebih ketara. Ciri Note Assist pada Samsung Notes menawarkan penterjemahan, ringkasan, dan pemformatan automatik untuk nota mesyuarat yang mudah dan ringkas. Selain itu, ciri transkrip yang baru dibenamkan ini membolehkan transkripsi, penterjemahan, dan ringkasan rakaman suara secara langsung dalam Notes. Teks dalam fail PDF juga boleh diterjemahkan dan dihamparkan dengan sempurna melalui ciri ini, memudahkan pengguna dalam mengurus dan memahami dokumen dengan lebih baik.

Ciri Composer dalam Samsung Keyboard menghasilkan teks cadangan berdasarkan kata kunci ringkas untuk emel dan aplikasi media sosial yang disokong. Khusus untuk media sosial, Composer boleh mencipta teks yang mencerminkan nada anda dengan menganalisis kiriman-kiriman sebelumnya. Selain itu, pengalaman menggunakan S Pen diperkembangkan lagi dengan kehadiran Galaxy AI pada skrin Galaxy Z Fold6, memberikan pengguna alat yang lebih canggih untuk kreativiti dan produktiviti. Hebat bukan?

Selain itu, ciri Sketch to Image yang terdapat di dalam siri ini juga ternyata amat menarik! Ia membolehkan anda mencipta karya seni yang lebih sofistikated dengan menjana pilihan imej apabila anda hanya melakar atau melukis pada foto dalam skrin Galeri atau Nota. Fitur ini memudahkan transformasi idea kreatif anda kepada karya seni digital yang menakjubkan dengan mudah dan pantas.

Aplikasi Google Gemini kini diintegrasikan sepenuhnya pada siri Galaxy Z terbaru ini, memberikan anda pembantu peribadi berkuasa AI terus pada telefon anda. Dengan hanya meleret sudut skrin atau berkata, “Hey Google”, anda boleh memaparkan overlay Gemini dan mendapatkan bantuan untuk menulis, belajar, atau merancang. Fitur ini menjadikan interaksi dengan peranti anda lebih intuitif dan efisien, memudahkan pelbagai tugasan harian. Bukan itu sahaja, sebagai contoh apabila anda ingin mendapatkan maklumat terperinci tentang sesebuah video muzik semasa menonton YouTube di skrin besar Galaxy Z Fold6 ini, anda boleh mengakses overlay Gemini dalam skrin berpisah multi-tingkap untuk bertanya soalan. Jika anda ingin tahu siapa artis dalam video tersebut, hanya tekan lama butang utama dan bulatkan, sorot, atau ketik pada skrin dan Circle to Search akan memberikan hasil carian serta-merta. Ciri ini memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat tambahan tanpa mengganggu pengalaman menonton anda!

Galaxy AI turut mempertingkatkan komunikasi tanpa halangan pada Galaxy Z Fold6 ini. Dengan memaksimumkan faktor bentuk dua skrin yang unik, ciri Interpreter kini dilengkapi dengan mod perbualan baru yang membolehkan kedua-dua pihak melihat terjemahan dengan mudah pada skrin utama dan skrin penutup untuk interaksi yang lebih semula jadi. Ia juga menawarkan terjemahan sehala, memudahkan anda memahami ketika mendengar kuliah atau sebarang jenis pembentangan.

Selain itu, Live Translate, yang menterjemah panggilan telefon secara langsung pada peranti anda dalam masa nyata, kini diperluaskan melebihi aplikasi panggilan asli Samsung kepada beberapa aplikasi pihak ketiga yang popular. Keistimewaan ciri ini memberikan kemudahan tambahan untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, memastikan anda tidak terhalang oleh perbezaan bahasa dalam sebarang situasi.

ProVisual Engine yang ditenagai AI pada Galaxy Z Fold6 tidak hanya memperluas kemampuan fotografi, tetapi juga mengangkat kreativiti anda ke tahap seterusnya. Pengalaman penyuntingan yang canggih dengan bantuan Photo Assist pada skrin besar membantu anda mencipta kandungan berkualiti profesional dengan mudah. Manakala, ciri Portrait Studio membolehkan anda mencipta pelbagai gaya potret seperti kartun 3D atau lukisan air untuk lebih banyak luahan kreatif boleh anda cuba. Jika anda ingin menikmati setiap saat dengan pandangan yang lebih terperinci, Instant Slow-mo membolehkan anda memperlambat video secara langsung dengan menghasilkan bingkai tambahan, dan dalam pada masa yang sama tetap menjaga pengalaman tontonan yang lancar.

Samsung Galaxy Z Flip6, Beri Pengalaman Unik

The 3.4-inch Super AMOLED FlexWindow has been enhanced yet again, enabling AI-assisted functions without even needing to open the device. And for those communications on-the-go, you can reply to texts with Suggested replies which analyzes your latest messages to suggest a tailored response. With Galaxy AI, you can get the most out of your pocket-sized device, and many of these convenient features exist on FlexWindow. FlexWindow provides access to Samsung Health updates and notifications and also allows you to select the next track you want to listen to on your music widget. Plus, FlexWindow offers more Widgets than ever, and allows you to check information from multiple Widgets simultaneously. 

FlexWindow Super AMOLED 3.4-inci pada Galaxy Z Fold6 sekali lagi ditingkatkan dan kini dilengkapi dengan fungsi bantu AI yang beroperasi tanpa perlu membuka peranti sepenuhnya. Ciri inovatif ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan telefon mereka dengan cara baru! Untuk berkomunikasi dengan cepat ketika sedang bergerak, FlexWindow membolehkan pengguna menjawab mesej dengan cadangan jawapan yang disyorkan. Ciri ini menganalisis mesej-mesej terkini untuk mencadangkan respons yang dipersonalisasikan, menjimatkan masa juga tenaga.

FlexWindow memberikan akses cepat kepada kemas kini Samsung Health dan pemberitahuan, memastikan pengguna sentiasa dimaklumkan tentang kesejahteraan dan aktiviti harian mereka. Selain itu, ia membolehkan pengguna mengawal pengalaman muzik dengan memilih trek seterusnya melalui widget muzik. Pengguna kini juga boleh memeriksa maklumat daripada pelbagai widget secara serentak, meningkatkan lagi kemampuan multitugas dalam siri Galaxy Z Flip6 ini.

Buat anda yang gemar mengubahsuai peranti anda, menerusi bantuan AI-powered Photo Ambient, latar belakang telefon boleh berubah secara langsung berdasarkan masa dan cuaca. Anda juga boleh dengan mudah mencipta penampilan seragam dengan pilihan susun atur skrin yang disyorkan dengan menganalisis latar belakang  seperti memindahkan jam dan menukar warna bingkai untuk memastikan imej latar belakang kelihatan menonjol!

FlexCam terus-terusan menawarkan pengalaman kamera yang paling serba boleh serta membuka pilihan kreatif baru buat penggunanya. Dengan ciri terbaru, Auto Zoom, FlexCam secara automatik mencari pengekalan terbaik untuk gambar anda dengan mengesan subjek dan melakukan pengezuman masuk dan keluar sebelum membuat sebarang penyesuaian yang diperlukan. Dengan cara ini, anda tidak perlu bersusah-payah mencari sisi menarik untuk merakam gambar kerana kesemuanya dilakukan tanpa perlu menyentuh peranti.

Turut memperkenalkan kemampuan kamera yang diperbaharui dengan sensor Wide 50MP baru dan Ultra-wide 12MP, memberikan gambar yang jelas dan terperinci. Sensor 50MP baru menyokong zoom optik 2x untuk gambar yang bebas dari noise, dan turut menyediakan zoom AI sehingga 10x untuk pengalaman merakam yang lebih canggih.

Nightography telah diperkemas dengan HDR video, membolehkan pengambilan video yang cemerlang walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Ciri ini turut diintegrasikan dengan aplikasi sosial popular termasuk Instagram untuk mengambil gambar malam yang menakjubkan secara langsung dari dalam aplikasi. Pengguna kini boleh dengan mudah menghantar atau berkongsi gambar ini tanpa perlu keluar dari Instagram, meningkatkan kemudahan dan kreativiti dalam fotografi waktu malam.

Samsung Galaxy Buds3 Series, Beri Pengalaman Luar Biasa

Galaxy AI

Dengan kuasa AI Galaxy, siri Galaxy Buds3 menjanjikan pengalaman komunikasi yang baru dan next level. Sebagai contoh, jika anda menghadiri kelas bahasa asing, anda boleh menghidupkan butang Interpreter dalam Mod Mendengar pada Galaxy Z Fold6 atau Flip6 dengan siri Galaxy Buds3 yang dipasang pada telinga anda. Ini akan membolehkan anda mendengar ceramah yang diterjemahkan secara terus melalui Galaxy Buds anda.

Juga, dengan hanya menyebut dua perkataan melalui butang “Voice Command”, anda boleh mengawal fungsi seperti memainkan atau menghentikan muzik tanpa perlu menyentuh earbud atau telefon pintar yang bersambung. Bunyi juga boleh dioptimumkan secara pintar, tanpa mengira bagaimana anda memakai Galaxy Buds anda. Mikrofon dalam siri Buds3 ini juga mampu menganalisis bunyi dalaman dan luaran untuk meningkatkan kualiti bunyi serta Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) melalui EQ Adaptif dan ANC Adaptif.

Sebagai contoh, jika anda sedang mendengar muzik, Galaxy Buds3 Pro mampu mengenal pasti bunyi sekeliling serta menyesuaikan tahap bunyi hingar secara automatik melalui Kawalan Hingar Adaptif, Pengesanan Siren, dan Pengesanan Suara. Tidak perlu lakukan secara manual lagi!

The premium blade design also targets style-centric consumers with an ultra-sleek and modern style complemented with Blade Lights 32 . This new design enables a more intuitive physical experience by allowing you to control the device by simply pinching or swiping up or down on the blade, thereby offering convenience and tasteful aesthetics at the same time. Galaxy Buds3 and Buds3 Pro offer two purpose-built design options. Galaxy Buds3 Pro is Canal Type for those looking for immersive sound, while Buds3 is Open Type for people who prefer to use the device in a variety of situations for an extended period of time.

Reka bentuk bilah premium dilengkapi dengan Blade Lights tampak cukup sleek. Reka bentuk baru ini membolehkan pengalaman fizikal yang lebih intuitif dengan membolehkan anda mengawal peranti dengan hanya mencubit atau meleret ke atas atau ke bawah pada bilah earbuds anda ini. Galaxy Buds3 dan Buds3 Pro menawarkan dua pilihan reka bentuk khusus. Galaxy Buds3 Pro adalah jenis Canal bagi mereka yang mencari bunyi yang mendalam, manakala Buds3 adalah jenis Open bagi mereka yang lebih suka menggunakan peranti dalam pelbagai situasi untuk jangka masa yang panjang.

Pra-Tempah Hari Ini

Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6 dan siri Galaxy Buds3 kini dibuka untuk pra-tempahan bermula 10 Julai 2024, dan bakal dijual secara fizikal pada 24 Julai 2024. Galaxy Z Fold6 hadir dalam warna Silver Shadow, Pink dan Navy, manakala Galaxy Z Flip6 pula dalam pilihan warna Silver Shadow, Kuning, Biru dan Mint.

Anda juga boleh dapatkan pilihan warna eksklusif untuk siri foldable ini jika anda memesan melalui dalam talian di samsung.com. Warna eksklusif siri Galaxy Z seperti Crafted Black, White serta pilihan warna Peach untuk Galaxy Z Flip6.

Siri Galaxy Buds3 pula menawarkan dua pilihan warna iaitu perak juga putih. Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6, siri Galaxy Buds3, anda boleh layari Samsung Newsroom, samsungmobilepress.com, juga samsung.com.