Rutin Harian Qalisha Ray Menjadi Lebih Mudah dengan Volvo EX30

Rutin Harian Qalisha Ray Menjadi Lebih Mudah dengan Volvo EX30

Qalisha Ray, pempengaruh media sosial serta pengasas bersama jenama fesyen MUI berkongsi pengalaman memandu uji Volvo EX30 yang cukup selesa dan selamat untuk seorang ibu sepertinya.

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu serta pengasas bersama jenama fesyen MUI memerlukan Qalisha Ray sentiasa mementingkan keselamatan dan keselesaan. Lebih-lebih lagi, Qalisha juga harus menjalankan rutin sebagai seorang pempengaruh media sosial. Badan yang sihat serta mental yang fokus memainkan peranan penting dalam kehidupan Qalisha sepanjang hari.

Qalisha

Ikuti temu bual bersama usahawan, Qalisha Ray yang berkongsi pengalaman memandu uji Volvo EX30:

1. Apakah tanggapan pertama anda tentang Volvo EX30?

Tanggapan pertama saya adalah reka bentuk Volvo EX30 yang moden dan elegan, serta saiznya yang kompak tetapi tetap kelihatan mewah. Ia jelas menunjukkan identiti Volvo yang premium.

2. Volvo terkenal dengan ciri keselamatan dan kemampanan. Bagaimanakah anda mengamalkan nilai-nilai ini dalam kehidupan peribadi anda?

Saya sentiasa memastikan keselamatan keluarga menjadi keutamaan, seperti menggunakan tempat duduk bayi dan berhati-hati semasa memandu. Dari segi kemampanan, saya mengamalkan kitar semula dan cuba mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian.

See also
Pengiran Anak Sarah: Bakal Permaisuri Brunei Dengan Pesona Tersendiri

3. Bagaimana teknologi terkini Volvo EX30 memudahkan kehidupan seharian anda?

Ciri Volvo EX30 seperti sistem bantuan pemanduan dan parking, informasi yang intuitif, serta sambungan telefon kepada skrin menjadikan perjalanan saya lebih mudah dan selesa. Ia juga membantu saya menjimatkan masa dengan Google built-in dan ciri pengecasan pantas untuk kenderaan elektrik.

4. Sebagai seorang ibu, bagaimanakah ciri keselamatan Volvo EX30 memberi ketenangan untuk anda dalam pemanduan seharian?

Ciri seperti amaran pelanggaran, brek kecemasan automatik, dan kawalan kestabilan memberi saya keyakinan bahawa keluarga saya sentiasa dilindungi. Saya rasa lebih tenang kerana mengetahui bahawa kereta ini direka dengan keselamatan sebagai keutamaan.

5. Apakah tanggapan anda tentang keselesaan keseluruhan kabin Volvo EX30?

KabinEX30 sangat selesa, dengan tempat duduk ergonomik dan penggunaan bahan berkualiti tinggi. Ruang yang kompak tetapi praktikal juga sesuai untuk keluarga, sementara sistem bunyi Harman Kardon dan kawalan suhu memberikan pengalaman pemanduan yang menyenangkan.

 

Pelanggan juga boleh mula membuat pesanan secara dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/ex30-electric atau melawat bilik pameran Volvo terdekat. Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo EX30, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.

See also
Volvo XC40 Recharge Pure Electric Serba Baru