Rumah Tangga Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan Kini Retak Menanti Belah? - Glam Malaysia
Rumah Tangga Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan Kini Retak Menanti Belah?

Rumah Tangga Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan Kini Retak Menanti Belah?

Salah satu pasangan kesayangan Bollywood, Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan dipandang tinggi oleh peminat kerana perhubungan mereka yang stabil.

Abhishek Bachchan dan isterinya yang merupakan bekas ratu cantik dunia telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun. Pasangan itu sering dilihat menghabiskan masa berkualiti bersama anak tunggal mereka, Aaradhya Bachchan, 12 dan ahli keluarga yang lain. Malah kedua-duanya tidak pernah segan berkongsi kebahagiaan dan kisah rumah tangga yang mencuit hati bersama peminat.

Aishwarya Rai Abhishek Bachchan

Foto: Bollywoodshaadis

Namun begitu mereka juga tidak terlepas daripada khabar angin berkaitan masalah perkahwinan. Sekali lagi, ketiadaan aktor itu di sisi isteri dan anaknya pada majlis pelancaran Nita Mukesh Ambani Cultural Centre (NMACC) baru-baru ini mencetuskan spekulasi perceraian mereka.

Perkahwinan Abhishek Bachchan & Aishwarya Rai Dilaporkan Sedang Berantakan

Tanggal 1 April 2023 menyaksikan Aishwarya Rai hadir ke hari kedua acara NMACC dengan hanya ditemani anak perempuannya. Berbeza dengan acara-acara sebelum ini di mana Abhishek Bachchan sentiasa muncul bersama keluarga kecilnya. Disebabkan itu, gosip perpisahan mereka hangat diperkatakan di media sosial.

Foto: Instagram

Malah sebelum itu terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Aishwarya Rai dan anaknya kini tinggal berasingan disebabkan isu dalaman dengan keluarga mentuanya, terutama ibu mentua, Jaya Bachchan dan kakak ipar, Shweta Bachchan. Dilaporkan inilah salah satu punca keretakan rumah tangga pasangan itu.

See also
Golden Globes 2021: Senarai Pemenang & Kontroversi HFPA

Bagaimanapun reaksi penerbit berusia 47 tahun itu terhadap sekeping foto isteri dan anaknya mengubah persepsi netizen. Seorang peminat berkongsi foto dua beranak itu pada acara NMACC di Twitter berserta ciapan, “Orang kegemaran saya.” Abhishek Bachchan kemudiannya memberi respons ringkas tapi bermakna, “Kegemaran saya juga.” Ia mencuri perhatian ramai sekali gus meletakkan noktah pada spekulasi yang sedang hangat bertebaran.

Abhishek Bachchan

Foto: Twitter

 

Foto: India Today

Baca: Alasan Aishwarya Rai Menolak Untuk Berlakon Di Samping Brad Pitt Dalam Troy